Hiburan
Azira Shafinaz, Fabian Loo Rangkul Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Festival Filem Asia Pasifik Ke-61
Pelakon Azira Shafinaz telah diumumkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Festival Filem Asia Pasifik (APFF) ke-61 yang berlangsung di Wyndham Ion Majestic Hotel in Genting Highlands, Pahang, pada Ahad.
Kemenangan itu susulan persembahan cemerlangnya sebagai Nisa dalam filem Indera arahan Woo Ming Jin.
Mengaku tidak tahu dirinya tercalon dalam kategori berkenaan Azira berkata kejayaan tersebut merupakan satu kejutan buat dirinya.
"Pertama sekali, saya tidak tahu nama saya tercalon dalam kategori ini.
"Jadi, ini seperti satu kejutan besar. Terima kasih kepada APFF atas penghargaan yang besar ini.
"Saya sangat besar hati dan merendah diri menerima anugerah ini," katanya.
Sementara itu, bagi trofi Pelakon Pembantu Lelaki terbaik dimenangi Fabian Loo menerusi filem drama, Rain Town.
Sekadar info, Filem Indera (2024) merupakan sebuah filem psycho-thriller yang diterajui oleh barisan pelakon hebat seperti Shaheizy Sam, Azira Shafinaz, Samara Kenzo, Ruminah Sidek dan lain-lain.
Berlatar belakangkan tragedi Peristiwa Memali pada tahun 1985, filem ini berkisarkan tentang seorang balu dan anak perempuannya yang sering mengalami 'mysterious visions' di sebuah kampung terpencil.
Sementara itu, filem Rain Town mengisahkan tentang Choo, seorang bapa yang sering campur tangan dalam kehidupan peribadi tiga anaknya yang sudah dewasa, dan akhirnya membawa kepada konflik apabila isterinya Aileen, mengalami kemalangan.
Filem ini menampilkan barisan pelakon hebat antaranya termasuk Chew Kin Wah, Pauline Tan, Wilson Lee, dan Fabian Loo.
Berikut merupakan senarai pemenang APFF-61;
Filem Terbaik - How To Make Million Before Grandma Dies (Thailand)
Pengarah Terbaik - Anselm Chan Mou Yin, The Last Dance (China)
Pelakon Utama Terbaik Wanita - Michelle Wai, The Last Dance (China)
Pelakon Utama Terbaik Lelaki - Putthipong Assaratanakul, How to make millions before grandma dies (Thailand)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik -
Fabian Loo, Rain Town (Malaysia)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Azira Shafinaz, Indera (Malaysia)
Lakon Layar Asal Terbaik - Thodsapon Thiptinnakorn, Pat Boonnitipat, how to make million before grandma dies (Thailand)
Sinematografi Terbaik - Joseph Christoforus Fofid, Woman From Rote Island (Indonesia)
Penyuntingan Filem Terbaik - William Chang Suk Ping, Curran Pang, the last dance (China)
Skor Muzik Asal Terbaik - Indraadip Dasgupta, Padatik (India)
Kesan Bunyi Terbaik - Book Chien, Sun Sy-Yuan, Thang Hsiang-Chu, Eye of the Storm (China)
12. Kesan Visual Terbaik - Archin Yen, Eye of the Storm (Taiwan)
Pengarah Seni Terbaik - Yiu Hon Man, The Last Dance (China)
Rekaan Solekan & Kostum Terbaik - Somnath Kundu, Sabarni Das, Padatik (India)
Koreografi Aksi Terbaik - Blue Room (Filipina)
Filem Pendek Terbaik - The Lonely Piano
Media Baharu Terbaik - Wo Long Feng Chu
Anugerah Khas Juri - Emp4t (Singapura -Malaysia)
Anugerah Khas Juri: Side-Seeing The Movie Vietnam-Thailand
Anugerah Pembikin Filem Paling Cemerlang - Raymond Wong Pak Ming
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat -
Sammo Hung
Turut hadir pada majlis ini ialah Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Kamil Othman, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM),Pansha dan Pengerusi Penganjuran FFAS, Aaron Koh.
Sebanyak 20 buah negara menyertai Festival Filem Asia Pasifik (APFF) yang menyaksikan Malaysia sebagai tuan rumah dalam penganjuran kali ke-61 ini.
Sekadar info, sebanyak 40 hingga 50 buah filem dipertandingkan dalam anugerah yang mempertaruhkan sebanyak 21 kategori itu.
Festival Filem Asia Pasifik (APFF) salah satu Festival Filem tertua dan paling berprestij di rantau ini, yang diasaskan pada tahun 1953.
APFF diadakan secara tahunan yang dianjurkan oleh Federation of Motion Picture Producers in Asia Pacific (FPA) dan telah dihoskan oleh pelbagai lokasi bandar di 25 negara dan wilayah yang berbeza.
Ia berfungsi sebagai sebuah platform penting untuk mempamerkan bakat dan kreativiti sinematik terbaik dari Asia-Pasifik, menghimpunkan pembuat filem, artis, para pemain industri dan peminat bagi meraikan kecemerlangan dalam pawagam.
Tahun ini, filem Seram Malaysia “Indera” lakonan Shaheizy Sam, Azira Shafinaz dan Samara Kenzo, telah dipilih sebagai filem pembukaan APFF61.
Kemuncak Majlis Anugerah APFF61 akan memberi penghormatan kepada pencapaian cemerlang dalam perfileman, mengiktiraf filem, persembahan dan sumbangan yang paling luar biasa kepada industri perfileman AsiaPasifik
Malaysia telah menjadi tuan rumah APFF sebanyak lima kali dan kali terakhir diadakan pada tahun 2005.
Must-Watch Video