,
Hiburan

Azhan Rani Terkilan Khunsa Jadi Mangsa Cetak Rompak - “Tak Rasa Sebab Bukan Usaha & Kerja Anda Yang Dirompak”

Mya Amri
29/03/2024
21:45 MYT
Pelakon, Azhan Rani meluahkan rasa terkilan apabila drama Khunsa menjadi mangsa cetak rompak.
Azhan menerusi akaun Instagramnya telah menegur sikap tidak bertanggungjawab sesetengah individu yang tanpa rasa malu menonton hasil karya penggiat seni secara haram menerusi aplikasi Telegram.
“Kalau tengok dekat Telegram tolonglah jangan bagitau kami. Siaran di Telegram ini cetak rompak, siaran tapa izin.
“Penggambaran kami untuk hasilkan Khunsa tak mudah. Dari November tahun lepas sampai hari ini pun masih tak selesai lagi,” luahnya.

Usaha penggiat seni umpama tidak dipandang serius

Dalam pada itu, Azhan juga merasakan usaha dan penat lelah penggiat seni menghasilkan karya terbaik seolah-olah tidak dipandang serius.
“Macam-macam cabaran dan rintangan yang kalau diceritakan pun bukan orang nak kisah pun. Beritahu kami anda tonton di Telegram hanya melukakan hati dan perasaan kami.
“Usaha dan penat lelah kami sangat tak berbaloi. Ya, anda tak rasa sebab bukan usaha dan kerja anda pun yang dirompak.
“Tapi jika ada kesedaran dan kemanusiaan cubalah fikirkan jika dibalikkan pada diri sendiri suatu hari nanti. Maaf saya tegur,” tulisnya.

BERITA PILIHAN: Jaga-Jaga, Cetak Rompak Jenayah Digital Boleh Dihukum

Untuk info, cetak rompak digital adalah tindakan memuat turun, menggunakan, menstrim atau mengedarkan bahan hak cipta dan harta intelek tanpa kebenaran atau bayaran bagi kandungan tersebut.
Cetak rompak digital adalah satu bentuk kecurian dan ini termasuk penstriman kandungan yang tidak dibenarkan seperti filem, muzik, buku dan permainan melalui laman web cetak rompak atau ISD.
Sebarang bentuk cetak rompak, termasuk cetak rompak digital adalah jenayah yang boleh dihukum oleh undang-undang.

Sinopsis Khunsa:

Khunsa mengisahkan kehidupan Wan Jusoh yang tidak boleh menerima takdir dengan kelahiran anak bongsunya sebagai khunsa telah memilih untuk membesarkan anaknya itu sebagai seorang lelaki.
Namun, Che Khun membesar dan cemderung kepada sifat kewanitaan menjadikan Wan Jusoh marah dan sering memarahinya.
Kehadiran Zaiton yang kini menjadi ibu tiri kepada mereka sering memperlakukan mereka dengan teruk. Pelbagai cabaran dan rintangan yang berlaku sepanjang Che Khun membesar sehingga dewasa dek kerana kesalahan bapanya yang menetukan jantinanya secara membabi buta.
Khunsa dilakonkan oleh Azhan Rani, Sherry Alhadad, Farah Ahmad, Nadia Aqilah dan ramai lagi.
Drama arahan Shahrulezad Mohameddin itu mula ditayangkan pada 11 Mac 2024 setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 9 malam di saluran Astro Ria dan On Demand.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Babak Haikal Paksa Suri Rujuk Tular Di TikTok, Netizen Tanya Sah Atau Tak? Ini Penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri

gempak
22/11/2024
08:50 MYT
Tular di media sosial kini babak drama hits Andai Tiada Dia yang memaparkan Haikal lakonan Hisyam Hamid memaksa isterinya untuk rujuk semula dengannya secara paksaan.
Hiburan

Ummi Nazeera Buat Kapsyen ‘No Turning Back’, Ramai Tak Sabar Nak Tonton Episod ‘Andai Tiada Dia’ Malam Ini – “Suri Jangan Patah Balik Okay”

gempak
11/11/2024
12:00 MYT
Pelakon Ummi Nazeera sekali lagi mencuri tumpuan apabila berkongsi foto wataknya dalam drama hits Andai Tiada Dia.
Drama

“Ketua Dah Nak Sampai, Mana Hati Nak Kena Repair?” - He’s Coming! Kemunculan Zahiril Dalam Drama Andai Tiada Dia Dirai Netizen!

gempak
10/11/2024
14:55 MYT
Kemunculan pelakon, Zahiril Adzim dalam drama hits, Andai Tiada Dia ternyata membuatkan netizen bersorak.
Hiburan

Watak Suri Dalam ‘Andai Tiada Dia’ Penuh Air Mata, Dr Izzar Mohon Lantik Ummi Nazeera Jadi Duta Tisu – “Baik Perempuan Atau Lelaki, Mesti Semua Perlukan Tisu”

gempak
08/11/2024
13:50 MYT
Suami kepada pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr Izzar Anwari mencuri tumpuan apabila berseloroh mengenai lakonan isterinya itu dalam drama hits Andai Tiada Dia.
Unitar