,
Berita

“Azad Ada Skandal, Sengaja Ambil Kesempatan!”- Eira Syazira Tak Jadi Marah, Rupanya Azad Jasmin...

Syafiqah Jalal
04/09/2019
07:41 MYT
Pelakon Azad Jasmin memang terkenal dengan sikapnya yang suka melawak terutama apabila bersama isteri, pelakon Eira Syazira dan ahli keluarganya.
Terbaharu, menerusi sebuah video, kelihatan seperti Azad sedang menyandarkan badannya ke sisi seorang wanita, namun jika dilihat dengan teliti rupanya di antara mereka mempunyai cermin atau dinding telus cahaya yang memisahkan.
Eira yang memuat naik video tersebut di akaun Instagram miliknya itu tergelak besar melihat gelagat suaminya.
“Suami oh suami,” tulis Eira menerusi kapsyennya
Sementara dalam video tersebut pada mulanya Eira seperti memarahi suaminya.
“Azad ada skandal, sengaja ambil kesempatan ya!
“Yang (Azad)... you bukan main lagi gatal, ambil kesempatan kan?!” tanya Eira.
Azad kemudian membalas:
“Menggatal dengan siapa?” jawabnya.
Azad kemudian bangun dari bersandar di cermin tersebut untuk menunjukkan dia tidak menyentuh wanita tersebut.
Eira kemudian ketawa besar selepas melihat gelagat suaminya.
Video tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata terhibur dengan pelakon tersebut.
Azad dan Eira mendirikan rumah tangga pada 16 September 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan iaitu Amarra Sofea Rose, Ameisya Leann Rose dan Areisya Suri Rose.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

“Kami Cuba Perbaiki Tapi…”- Emma Maembong Nafi Cerai Disebabkan Orang Ketiga

gempak
20/11/2024
08:30 MYT
Pelakon Emma Maembong menjelaskan punca keretakan rumah tangganya bukanlah disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi ia adalah atas persetujuan bersama semua pihak.
Hiburan

“Tak Letak Syarat, Asalkan Tahu Jaga Batas…” - Suami Beri Keizinan, Zulin Aziz Buat Comeback

gempak
20/11/2024
03:55 MYT
Suami kepada pelakon, Zulin Aziz iaitu Farhan Norzaini memberi keizinan dan sokongan penuh kepada isterinya untuk kembali bergiat aktif dalam dunia komedi selepas sekian lama berehat.
Hiburan

Adira Suhaimi Kongsi Ciri-Ciri Suami Harapan, Tak Kisah Soal Sekufu – “Tak Semesti Dua-Dua Kaya, Yang Penting…”

gempak
19/11/2024
21:50 MYT
Pelakon dan penyanyi, Adira berkongsi ciri-ciri suami yang diharapkannya sekiranya kembali berumah tangga.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar