,
Hiburan

Ayda Jebat Kongsi Keadaan Ayah Selepas Dimasukkan Ke Hospital Akibat Strok - "Sedih Bila Tiba-Tiba Tengok Ayah Terbaring Sahaja"

Umirah Halim
24/06/2024
14:55 MYT
Penyanyi Ayda Jebat berkongsi mengenai keadaan terkini ayahnya yang sebelum ini dikhabarkan dimasukkan ke hospital akibat strok.

Cuba terbaik bantu proses pemulihan ayah

Jelas Ayda, dia dan keluarga akan cuba yang terbaik bagi membantu proses pemulihan ayahnya yang kini sudah keluar daripada hospital.
"Dia dah boleh makan, sebelum ini dia hanya minum susu. sekarang dah pulang ke rumah dan kami dah susun jadual untuk pergi physio, accupunture untuk pulihkan ayah.

ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Penangan Sheesh & Persembahan Out Of The Box, Aisha Retno Raih Mata Tertinggi 94.55%! Ini Senarai Markah Penuh

​ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Persembahan Ayda Jebat Over The Top, Suara Aisha Retno Unik, Ini Recap Minggu Pertama THSS

​ARTIKEL BERKAITAN: Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"

​ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Selalu Buat Aksi Stunt Ganas, Ayda Jebat Sudah Terima Nasihat Doktor

​ARTIKEL BERKAITAN: Aepul Roza Akui Tumpang Populariti Kontroversi Rumah Tangga Sedang ‘Panas’ - “Kebanyakan Karya Saya…”

"Kalau ikut cakap doktor kalau nak pulih itu makan banyak masa juga dan disiplin juga jadi saya dan kelaurga cuba yang terbaik untuk bantu ayah saya.
"Kalau tak boleh pulih sepenuhnya kalau dah boleh duduk atas kerusi roda pun dah bernasib baik, tapi kami akan cuba yang terbaik lah untuk ayah," katanya.

Persembahan terganggu

Dalam pada itu, Ayda turut akui persembahannya sedikit terganggu pada minggu lepas kerana situasi tersebut, namun dia menganggap perkara ini sebagai dugaannya di dalam pertandingan ini.
"Persembahan saya untuk minggu lepas memang terganggu lah lepas dapat berita itu balik Melaka jumpa ayah dan nak kena uruskan beberapa keperluan dan pada masa yang sama nak kena buat latihan untuk saya itu adalah cabaran dan dugaan untuk saya dalam pertandingan ini.
"Alhamdulillah saya dah dapat semangat saya, itu pun saya dapat dari keluarga. Jadi saya berterima kasih juga untuk keluarga saya kerana tolong tengokkan ayah saya.
"Saya memang nampak ayah saya memang tak nak duduk diam nak cepat pulih, agak sedih bila tiba-tiba tengok ayah terbaring sahaja di atas katil tak boleh nak buat apa-apa.
"Saya harap semangat ayah boleh jadikan contoh juga kepada saya untuk pertandingan ini," tambahnya.
Saksikan The Hardest Singing Show untuk menyaksikan format pertandingan luar biasa dan pengalaman pertandingan nyanyian terhebat abad ini di Astro.
Penerbitan 'The Hardest Singing Show' diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama.

Penjurian & Trivia The Hardest Singing Show

* Persembahan setiap peserta menerusi 'The Hardest Singing Show' akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional. * Juara 'The Hardest Singing Show' akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro. * Para penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan iaitu "The Hardest Gempak Meter" pada setiap minggu. Undian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi http://gempak.com/thehardestsingingshow. * Eksklusif buat rancangan terbaharu ini, Astro turut mengeluarkan lagu tema yang berjudul 'I'm The Best' dan lagu tema yang bergenre Pop ini ditulis oleh komposer muda Iqie Hugh. 'The Hardest Singing Show' akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9.00malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).
Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat di saksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.
Xtended The Hardest Singing Show bakal bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video