Ayda Jebat Berehat Sementara Akibat Slip Disc, Mohon Doa Peminat
Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat terpaksa berehat seketika daripada aktiviti seninya selepas disahkan mengalami mild slipped disc.
Menerusi perkongsian di Instagram, pelantun lagu Nakal itu memaklumkan bahawa dia baru sahaja mengetahui tentang keadaannya dan kini sedang menjalani rawatan serta berehat secukupnya.
“Rehat sebentar bersama slipdisc.
Pada masa yang sama, Ayda atau nama sebenarnya Nur Shuhada Jebat turut memohon doa daripada orang ramai agar kesihatannya kembali pulih seperti sedia kala.
Isteri kepada pengacara Nabil Mahir itu juga meminta nasihat daripada mereka yang pernah mengalami masalah serupa mengenai kaedah pemulihan yang berkesan.
“Terima kasih semua yang mendoakan, yang dm, whatsapp tanya khabar. Tak sangka ramai sayang! Saya akan ingat sampai bila-bila. Sayang korang.
“Janji taw rehat betul²..namo hardest² dah,da sihat bebetul baru boleh hardest lagi..semoga cepat sembuh awak..selamat berpuasa,” kata netizen.