,
Viral

"Ayam Lauk Kegemaran Arwah" - Genap 100 Hari, Keluarga Titip Nukilan Buat Allahyarham Zaharif

Firdaus
25/03/2024
02:55 MYT
Tanggal 15 Disember 2023 merupakan satu peristiwa gelap yang tidak akan dilupakan bagi keluarga Allahyarham, Muhammad Zaharif Affendi Muhd. Zamrie, apabila pelajar tingkatan lima itu dilanggar sehingga maut akibat daripada sikap amarah dalam diri seorang anggota unit beruniform.
Genap 100 hari pemergian arwah, abang kepada Muhammad Zaharif, Zarul, membentangkan sebuah nukilan di Instagram akaun miliknya menceritakan tentang kesedihan yang masih belum pudar disebabkan daripada tragedi yang berlaku.
“Tahun ini menjadi Ramadan pertama tanpa arwah, tahun pertama berpuasa tanpa arwah. Saban tahun walau apa jua hidangan yang disediakan untuk berbuka pasti akan diselitkan satu juadah ayam. Tak kira ayam goreng, ayam masak merah, ayam masak lemak, atau apa sekali pun kerana ayam merupakan kegemaran arwah. Tidak dapat menahan air mata sewaktu berbuka apabila tempat duduk arwah di meja makan kosong.
“Setelah 100 hari kejadian, diri ini masih tidak kuat setiap kali lalu di tempat kejadian. Sehingga kini diri ini masih tidak mampu melihat pelajar-pelajar lain yang berpakaian sukan sekolah kerana semasa kejadian arwah memakai pakaian tersebut.
“Sehingga kini diri ini masih tidak sanggup melihat Perodua Ativa terutama yang berwarna putih. Terbayang-bayang kesakitan serta terseksanya arwah semasa kejadian,” tulisnya.
Pada hujung coretan, abang kepada arwah bagaimanapun mengakui dirinya redha menghadapi ujian serta berharap pemergian arwah dapat dituntut dengan keadilan yang sepatutnya.
“Diri ini reda. Ikhlas menerima ketentuan Ilahi. Berpegang pada kata-kata kehidupan kita semua di dunia ini hanya sementara. Keluarga, ibu, bapa, adik-beradik, anak semuanya hanya pinjaman yang diberikan oleh yang Maha Esa. Itulah yang menjadi azimat buat kami sekeluarga untuk meneruskan kehidupan seharian.
“Insya-Allah kami tidak patah semangat dan akan terus kuat. Akan kami lakukan sedaya upaya kami dalam memastikan pemergian arwah mendapat keadilan yang sepatutnya. Moga semua berjalan lancar dan dipermudah oleh Allah SWT. Amin ya rabbal alamin,” tambah Zarul.
Terdahulu, Muhammad Zaharif difahamkan maut setelah motosikal yang ditunggangnya dilanggar dan diseret sehingga lima meter berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati dalam persiapan ke masjid untuk solat Jumaat.
Sumber: Instagram

BERITA TRENDING: "Saya Minta Maaf, Suami Saya Memang Panas Baran... Tak Boleh Dengar Orang Rem Motor" - Isteri Pemandu Kereta

BERITA TRENDING: Mohammad Zaharif Bersiap Untuk Solat Jumaat Sebelum Dilanggar - "Dia Habiskan Susu Saya, Makan Mi ..."
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Terkini

Enam Bulan Sorok Bunuh Suami Diserang Strok

gempak
19/09/2024
02:55 MYT
Kes pembunuhan seorang lelaki di tangan isterinya akhirnya terbongkar setelah enam bulan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.