,
Laman Utama

AXN Asia Lancarkan Audio Siar Kisah Jenayah Seram Pertama – Fey Hollow: The Fairy Tale Murders

Gempak
16/06/2021
12:44 MYT
Pejamkan mata dan selami dunia misteri Fey Hollow: The Fairy Tale Murders, sebuah dunia seram dan misteri dipenuhi kisah jenayah yang sungguh mendebarkan. AXN, saluran hiburan am Bahasa Inggeris yang terkemuka di Asia1, kini membawakan hiburan unik dalam bentuk siri audio siar pertama memaparkan kisah jenayah seram dengan dua pengakhiran yang akan dilancarkan hujung minggu ini pada 20 Jun.
Pengeluaran global yang menampilkan ramai bakat antarabangsa — kisah jenayah mendebarkan ini menceritakan kisah dua orang detektif yang berusaha menjejak seorang pembunuh bersiri sadis, yang menggunakan ritual ngeri yang diilhamkan daripada cerita dongeng untuk membunuh mangsanya.
Drama audio kisah jenayah seram lapan episod ini, yang diterbitkan oleh KC Global Media (KCGM) Asia, membawakan dua pengakhiran unik yang membolehkan pendengar memilih sama ada misteri Fey Hollow: The Fairy Tale Murders akan mendapat pengakhiran yang baik di penghujung cerita.
Semasa mengulas tentang siri baharu ini, George Chien, Pengasas Bersama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KCGM Asia, berkata, “Industri hiburan selama ini dikuasai oleh kemajuadalam hiburan visual dan kini satu perubahan sedang berlaku di mana kita memasuki zaman keemasan audio, dengan format audio siar kini semakin mendapat sambutan dalam kalangan penggemar hiburan.”
“Kami teruja untuk melancarkan Fey Hollow: The Fairy Tale Murders — yang pertama dalam pelbagai siri audio siar daripada KCGM Asia. Sebagai perintis yang memanfaatkan kuasa audio dan pengalaman berpandukan ceritera, kami berani mengorak langkah ke hadapan untuk merintis dan menetapkan piawaian hiburan baharu di Asia, dan menjangkaui sempadan rantau ini.”
Naib Presiden dan Ketua Perkhidmatan Penerbitan dan Kreatif KCGM Asia, Derek Wong berkata, “Sebagai kisah jenayah penuh aksi dengan sedikit sentuhan cerita dongeng, Fey Hollow: The Fairy Tale Murders membawakan kaedah ceritera mengasyikkan yang serba baharu. Dengan dua pengakhiran berbeza, pendengar menghayati dua penceritaan unik di mana mereka boleh memilih bagaimana kisah ini berakhir — menjadikan mereka pencipta dan pendengar pada masa yang sama.”
“Siri ini memberi peluang kepada penonton untuk menggunakan daya imaginasi mereka sambil mengikuti kisah detektif sungguh menarik ini yang dipenuhi dengan pelbagai liku untuk menyingkap rahsia di sebalik konspirasi jahat terancang.”
Fey Hollow: The Fairy Tale Murders boleh diikuti oleh pendengar dari seluruh dunia di Spotify, Apple Podcast, SYOK oleh Astro Radio dan beberapa saluran podcast utama lain mulai 20 Jun 2021.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi AXN-Asia.com/FeyHollowPodcast.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Kulit Ustaz Kazim Keluar Darah" - Mawi Dedah Kisah Mistik Penggambaran Zim Zim Ala Kazim

gempak
18/05/2024
01:55 MYT
Kisah pendakwah dan penceramah bebas, Datuk Ustaz Kazim Elias yang pernah berdepan penyakit misteri mendapat liputan pelbagai pihak dan difilemkan sebagai Zim Zim Ala Kazim.
Berita

2 Bulan Tak Muncul Di Khalayak Umum, Ada Saksi Dakwa Kate Middleton Nampak ‘Sihat & Ceria’?

gempak
18/03/2024
15:55 MYT
Betul ke dakwaan saksi?
Viral

Gigih Datang Untuk Tuntut Hadiah Misteri, Lelaki Ini Kecewa Hanya Dapat Sebatang..

gempak
01/02/2024
13:00 MYT
Seorang individu meluahkan rasa kecewanya kerana hanya menerima sebatang pen setelah menerima mesej daripada sebuah jenama rangkaian tempatan untuk menuntut hadiah misteri.
Laman Utama

Lebih Setahun Azri Iskandar Tak Jumpa Dr Azra - "Mestilah Rindu Sebab Dah Bercinta"

gempak
25/10/2023
07:55 MYT
Dr Azra masih misteri.
Laman Utama

[VIDEO] Kelibat Entiti Misteri Berselubung Serba Hitam Di Stadium Buat Netizen Seram

gempak
04/08/2023
12:50 MYT
Wuish apa tu...