HIBURAN
Rawdah Mohamed Sarung Busana Rizman Ruzaini Di Festival Filem Cannes 2025
Model dan aktivis, Rawdah Mohamed tampil memukau apabila menghadiri Festival Filem Cannes 2025 baru-baru ini.
Rawdah yang juga ikon dunia fesyen itu tampil anggun dengan gaun berwarna merah jambu lembut dan hijab semasa tayangan perdana filem “Die, My Love”.
Sarung Busana Rizman Ruzaini
Apa yang membanggakan adalah, editor fesyen kelahiran Somalia itu menyarung busana rekaan pereka fesyen popular, Rizman Ruzaini.
Ternyata gaun berona merah jambu lembut yang dilengkapi butiran butang balut pada bahagian badan belakang baju itu mencuri perhatian ramai terutama peminat fesyen global.
Di profil Instagram, Rizman Ruzaini turut berkongsi foto Rawdah ketika sesi permaidani merah.
Rata-rata pengikut meluahkan rasa bangga dengan Rizman Ruzaini atas rekaan yang mempesona itu.
Rawdah turut hadir pada tayangan filem “Eddington” sehari sebelumnya, mengenakan busana dari jenama couture China, Cheney Chan.
Bintang yang sedang meningkat naik ini pernah menghadiri Festival Filem Cannes sebelum ini, pada tahun 2023 dan 2024, dan kini sedang mencipta nama sebagai individu yang patut diberi perhatian dalam industri fesyen.
Beliau telah bekerjasama dengan jenama-jenama seperti Boss dan H&M, serta pernah memperagakan koleksi dalam pertunjukan fesyen Roberto Cavalli di Dubai pada tahun 2024.
Must-Watch Video