,
Hiburan

Awie Terpaksa Berubat Di Indonesia Kerana Busung, Lintah Keluar Dari Pusat!

Fiza Kamarudin
29/08/2019
22:00 MYT
Menakutkan! Namun, itulah yang dialami oleh vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie apabila mengalami gangguan misteri sehingga terkena penyakit busung.
Awie ketika ditemui Gempak berkata, dia terpaksa berulang-alik ke Indonesia untuk menjalani rawatan alternatif selepas doktor mengesahkan dirinya tidak mempunyai sebarang penyakit.
“Saya sendiri pelik apabila tiba-tiba jatuh sakit selepas pulang daripada mengerjakan umrah pada tahun lalu. Perut saya tiba-tiba membusung dan saya ada menjalani hospital kerana ia terlalu sakit.
“Pada masa itu, saya reda apabila doktor memberitahu saya disyaki menghidap kanser usus. Bagaimanapun selepas ujian klinikal kedua selepas sampel dihantar ke makmal perubatan di Melbourne, Australia, doktor kata tiada tanda kanser pada bahagian tersebut.
“Selain busung ada lagi perkara mistik berlaku dan itu yang menyebabkan saya mengambil keputusan bertemu beberapa pengamal perubatan di utara dan selatan tanah air termasuk Indonesia,” katanya.
Awie berkata, semasa proses perubatan bersama seorang Kiai di Indonesia, tiga ekor lintah keluar melalui pusat dan selepas itu sakitnya semakin berkurangan sehingga ke hari ini.
“Macam tak percaya kan? Tapi itulah yang berlaku. Saya pun tidak tahulah bila semua ini akan berakhir. Saya cuma berharap agar selepas ini saya kembali sihat dan tidak sakit lagi, kerana saya perlu bersedia untuk konsert solo tahun hadapan,” katanya.
Tambahnya lagi, dia sering diuji dengan pelbagai masalah kesihatan dan penyakit setiap kali mahu mengadakan konsert berskala besar.
“Saya juga terpaksa berulang alik dan keluar masuk ke hospital kerana masalah kaki bengkak menjelang konsert besar sebelum ini,” katanya pada sidang media Konsert Romantika yang berlangsung di Flora Terrace, Kuala Lumpur, pada petang Khamis.
Bagaimanapun, katanya, dia berdoa semoga keadaan kesihatannya juga baik untuk menjayakan konsert Romantika pada 15 Februari tahun depan.
Konsert Romantika Awie yang meraikan ulang tahun ke-25 pembabitannya sebagai artis solo bakal berlangsung jam 8 malam di Stadium Malawati Shah Alam.
Tiket konsert berharga daripada RM88 hingga RM438. Keterangan tiket layari www.myticket.asia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

gempak
14/09/2024
13:55 MYT
Bagaimanapun kata Aina, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dirinya bangkit untuk memastikan impiannya menganjurkan konsert berkenaan terlaksana.
Hiburan

Alan Walker Tunaikan Janji, Gegarkan KL Base 8 Nov Ini

gempak
14/09/2024
04:55 MYT
Menurut Alan, keputusan untuk membatalkan konsertnya sebelum ini adalah disebabkan faktor keselamatan dan juga isu penyalahurusan.