,
Laman Utama

Awie Pernah Hantar Proposal Nak Buat Filem Epik Sejarah Kepada FINAS Tapi…

Gempak
03/08/2022
05:00 MYT
Penyanyi rock dan pelakon terkenal tanah air Datuk Awie pernah berhasrat menghasilkan filem biografi epik sejarah sebelum munculnya filem Mat Kilau lagi.
Menurut Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman mendedahkan sudah menghantar kertas kerja bagi penghasilan filem berkenaan ke Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), namun tidak dapat dipastikan mengapa projek itu tidak berjaya diteruskan.
Katanya, ketika itu, beliau bercadang untuk mengangkat kehidupan tokoh sejarah Datuk Bahaman ke layar perak.
"Sebenarnya sebelum ini saya ada hantar proposal (kertas cadangan) kepada Finas sebelum filem Mat Kilau keluar di pawagam, tetapi tidak tahu mengapa perkara itu tidak jadi.
"Filem yang saya mahu hasilkan itu mengenai kehidupan Datuk Bahaman, tetapi tidak mengapalah mungkin bukan rezeki saya," katanya seperti yang dilapor Harian Metro
Hadir menyempurnakan majlis Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat dan turut hadir, pelawak Saifulazam Mohammad Yusoff atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek.
Ditanya sama ada beliau akan meneruskan projek filem Datuk Bahaman itu, Awie berkata, tidak dan akan memikirkan filem genre lain untuk dihasilkan pada masa depan.
"Sekarang ini orang dah terlalu sibuk bercakap fasal filem dengan genre sebegini, sampai ada yang cakap tak lama lagi keluarga filem Tok Janggut pula.
"Jadi tidak mengapalah, nanti saya cari idea filem lain selepas ini," katanya.
Awie kini sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat terhadap jenayah penipuan secara dalam talian dan dilantik sebagai Duta Kempen Anti Scam PDRM.
Sementara itu, Saiful Apek pula memberitahu, beliau menganggap fenomena filem Mat Kilau sebagai petanda positif buat industri perfileman tempatan pasca pandemik Covid-19.
Filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof berjaya mencatat sejarah tersendiri dengan kutipan mencecah RM90 juta hanya selepas 33 hari ditayangkan di seluruh negara, Singapura dan Brunei Darussalam.
HARIAN METRO
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.