HIBURAN
Awie Bikin Gegar! Bakal Berkonsert Dalam Penjara, Terbangkan Wings Ke London & Terbitkan Drama Bersiri?
Dunia hiburan tanah air bakal dimeriahkan dengan pelbagai inisiatif luar biasa dari Rumah Produksi Merah yang diterajui oleh legenda rock, Datuk Awie, bersama rakan usahawan Datuk Eddy Amir Salim.
BERITA TRENDING: “Ini Bukan Awie, Ini Husin” – Netizen Terhibur Lihat Gelagat Datuk Awie Menari Bersama Anak Perempuannya
Antara pengumuman paling mengejutkan ialah rancangan Rumah Produksi Merah untuk menganjurkan siri mini konsert di penjara seluruh Malaysia, bermula di Penjara Kajang.Projek ini bakal menjadi platform unik bagi membawa elemen hiburan ke dalam institusi pemulihan.
Awie berkata demikian ketika Majlis Iftar dan Sidang Media di Baba Nyonya House, Hub SS2, Petaling Jaya, baru-baru ini.“Kami percaya muzik mempunyai kuasa untuk memberi inspirasi dan harapan, walaupun dalam persekitaran yang paling mencabar. Kami mengajak penaja dan pihak berkepentingan untuk turut serta dalam usaha ini,” kata Awie.
BERITA TRENDING: Wings Bakal Adakan Konsert Jelajah Di 49 Penjara, Awie Luah Hasrat Mahu Bertemu Yasin - “Saya Doakan Dia Tabah Dengan Apa Yang Berlaku”
Selain itu, bagi meraikan empat dekad dalam industri muzik, Wings bakal menganjurkan Wings Fest pada Oktober atau November 2025.Lebih istimewa, Awie turut berkongsi hasrat membawa Wings ke London bagi satu persembahan istimewa yang kini dalam fasa perbincangan dengan pihak berkaitan.
“Empat dekad dalam industri adalah satu pencapaian yang luar biasa. Wings Fest bukan sekadar meraikan kejayaan kami, tetapi juga penghargaan kepada peminat setia yang sentiasa menyokong,” ujarnya.

Tribute khas, album istimewa
Rumah Produksi Merah juga bakal menganjurkan Konsert Tribute di mana Dato’ Awie akan menyanyikan lagu-lagu klasik dari era 60-an, 70-an, dan 90-an.BERITA TRENDING: Awie Dedah Pernah Ada Karakteristik Lembut Masa Zaman Sekolah - "Saya Suka Menari, Gimnastik Pun Dulu Saya Wakil Sekolah"
Bukan itu sahaja, sebuah album khas akan diterbitkan dan sebahagian royalti dari album ini akan dikongsi bersama artis asal serta waris mereka sebagai tanda penghargaan terhadap seni muzik warisan.Drama bersiri, dokumentari Wings
Rumah Produksi Merah turut memperkenalkan projek drama bersiri 20 episod untuk RTM yang menampilkan barisan pelakon seperti Hazama, Roi Azman dan ramai lagi. Tajuk drama ini masih dirahsiakan dan bakal diumumkan dalam masa terdekat.Selain itu, satu dokumentari eksklusif mengenai perjalanan Wings selama 40 tahun dalam industri muzik tanah air turut dirancang.
“Setelah mendengar kisah dari Datuk Awie berkenaan jatuh bangun sebuah kumpulan legenda yang telah mewarnai industri muzik Malaysia selama empat dekad, kami ingin berkongsi perjalanan ini dengan peminat serta generasi akan datang,” kata Eddy.
Dalam sidang media ini, Eddy turut menyuarakan kebimbangan terhadap isu cetak rompak moden, terutamanya insiden di mana individu membeli tiket konsert dan menyiarkannya secara langsung di YouTube untuk tontonan berbayar tanpa kebenaran.
“Ini adalah satu bentuk pencabulan hak cipta yang serius dan perlu ditangani segera. Kami sedang mempertimbangkan tindakan perundangan untuk melindungi hak serta kepentingan industri muzik tempatan,” tegasnya.
Must-Watch Video