,
Hiburan

Awie Anggap Bayaran Rendah Untuk Artis Veteran Satu Penghinaan - “Berilah Jumlah Wang Yang Selayaknya Kerana…”

Asyikin Mayudin
22/04/2024
12:55 MYT
Penyanyi Datuk Awie menganggap bayaran rendah dan tidak setimpal yang diberikan pihak produksi kepada artis veteran merupakan satu penghinaan.

Bayaran Perlu Sepadan Dengan Pengalaman

Menurut Awie atau Ahmad Azhar Othman, 56, bayaran yang ditawarkan oleh pihak produksi perlulah sepadan dengan pengalaman mereka sebagai artis senior.
“Kita perlu ada sedikit rasa hormat kepada artis yang lebih senior. Jadi, berilah jumlah wang yang selayaknya kerana merekalah artis yang mana ibu dan bapa kita pernah minat suatu ketika dahulu.
“Saya sedih dengan perbuatan itu (artis veteran dibayar sikit), bagi saya ia biadab dan satu penghinaan kepada mereka.
“Apalah salahnya kita hormat orang lebih dewasa daripada kita. Bayarlah lebih, tak apa, kita anggap ia satu sedekah atau amal ibadah,” katanya kepada Gempak.
Awie di majlis tayangan perdana dan sidang media filem Rebel, di GSC Cinema The Starling Mall, Petaling Jaya baru-baru.

Ukur Kadar Bayaran

Vokalis kumpulan Wings itu juga mencadangkan agar ukuran kadar bayaran yang diberikan produksi haruslah selari dengan portfolio seseorang artis.
“Kita tengok juga, artis itu veteran yang bagaimana. Jika dia pernah jadi popular pada zamannya dan menjadi watak utama, tentu sahaja dia ada nilai dan harga yang tertentu.
“Namun, jika selama ini hanya jadi watak pembantu sahaja, sudah tentu jumlahnya turut berbeza,” tambahnya.

Kenang Perjuangan Artis Senior

Pengarah filem Rebel itu juga mengajak penggiat seni untuk mengenang kembali perjuangan para artis senior suatu ketika dahulu.
“Orang lama sudah tebas semua lalang, agar kita orang baru boleh lalu.Ketika itu mereka hidup di zaman analog, tiada kamera canggih dan sangat sukar.
“Mereka bukan mahu naikkan nama mereka sahaja, tetapi juga nama industri. Contohnya seperti Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang menang pelbagai anugerah sehingga di Jepun. Maka, jangan semudah itu kita lupakan mereka,” jelasnya.
Terdahulu, tular di media sosial sebuah klip video temu ramah pelakon dan pelawak veteran, Azlee yang kecewa menerima tawaran lakonan dengan bayaran RM500 sehari.
Video yang meraih lima juta tontonan itu bagaimanapun telah mengundang perbincangan hangat dalam kalangan warganet sehingga ada yang menganggap artis veteran tidak wajar membuat permintaan bayaran yang tinggi.

BERITA TRENDING: Dituduh Bongkak Sebab Pertikai Bayaran RM500 Sehari, Ini Respons Azlee Senario

BERITA TRENDING: “Bukan Minta Sedekah, Orang Yang Bagi” - Azlee Senario Raih RM15,000 Di TikTok, Syukur Dapat Bayar Duit Kereta & Rumah
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.