,
Hollywood

Avengers: Endgame Tenggelamkan Titanic! Raih Kutipan Box Office Kedua Tertinggi Dunia

Amri Hassan
09/05/2019
06:08 MYT
Selepas dua minggu ditayangkan, filem Avengers: Endgame telah berjaya mengatasi kutipan filem pecah panggung Titanic.
Filem terbitan Marvel Studios itu telah mengutip AS$2.227 bilion (RM9.245 bilion) selepas tayangan 13 hari.
Sekali gus menewaskan kutipan filem Titanic AS$2.187 bilion (RM9.07 bilion) yang ditayangkan sejak 1997.
Hal itu bukan mustahil memandangkan filem Avengers: Endgame sudah mencatatkan kutipan AS$1.2 bilion (RM4.98 bilion) pada minggu pertama ditayangkan.
Kejayaan itu meletakkan Avengers: Endgame sebaris dengan filem yang mencecah kutipan AS$2 bilion dalam tempoh dua minggu antaranya Avengers: Infinity War (AS$2.148 bilion) dan Star Wars: The Force Awakens (AS$2.068 bilion).
Bagaimanapun, Avengers: Endgame masih belum berjaya menandingi kutipan salah satu lagi filem James Cameron, Avatar dengan AS$2.78 bilion (RM11.541 bilion).
Akur dengan kejayaan Avengers: Endgame, Cameron melayangkan ucapan tahniah buat produksi filem adiwira itu.
"Sebongkah ais telah menenggelamkan kapal Titanic sebenar.
"Ia memerlukan sekumpulan Avengers untuk menenggelamkan Titanic saya.
"Kami di Lightstorm Entertainment mengagumi pencapaian anda. Anda telah buktikan industri perfileman masih hidup,' tulisnya menerusi kenyataan di media sosial.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nadhir Nasar Simpan Impian, Mahu Arahkan Filem Box Office

gempak
14/08/2024
09:55 MYT
Pelakon, Nadhir Nasar mengakui kerjayanya dalam bidang seni sebagai pelakon masih belum cukup untuk memuaskan hatinya berada dalam industri seni hiburan.
Filem

Filem Furiosa & Garfield Tak Capai Sasaran, Menjadi Filem Dengan Rekod Terburuk Berbanding Box Office Tahun 2023

gempak
29/05/2024
09:02 MYT
Tahun 2024 bukan tahun yang baik untuk Hollywood, apabila dua filem yang dijangka menjadi blockbuster tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.
Laman Utama

Filem Malaysia Abang Adik Box Office Di Taiwan, Kutip RM6.5 Juta

gempak
14/12/2023
03:50 MYT
Pencapaian luar biasa di luar negara.
Laman Utama

YouTuber Terkaya Dunia, Mr Beast Dakwa Diajak Naik Kapal Selam Titan: “Tak Boleh Bayangkan…”

gempak
26/06/2023
06:40 MYT
Mr Beast punya kekayaan lebih US$500 juta.
Laman Utama

Pengarah James Cameron Kata Ada Persamaan Tragedi Titanic & Titan

gempak
23/06/2023
09:45 MYT
Takziah semua mangsa.