gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Gabungan Sung Kang, Lana Condor & Ross Butler Dalam Filem Worth The Wait Jadi Perhatian Ramai
VIRAL
"Dia Tengok-Tengok Sekilas, Zara Takut" - Sambungan Rakaman Suara Zara Qairina Tular
HIBURAN
Edika Yusof & Nor Hidayah Kini Dalam Proses Pulihkan Hubungan - “Kami Harap Dapat Terus Bersama Sampai…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

"Itu Bukan Content Kebajikan, Itu Menghina!" - Mek Yun Kecam Tindakan 3 YouTuber Bagi Tulang Ayam Kepada Gelandangan

Amri Hassan
Amri Hassan
06/08/2025
03:25 MYT
Sponsor Banner
"Itu Bukan Content Kebajikan, Itu Menghina!" - Mek Yun Kecam Tindakan 3 YouTuber Bagi Tulang Ayam Kepada Gelandangan
Personaliti media sosial, Mek Yun mengecam keras tindakan tiga individu dipercayai pencipta kandungan (content creator) yang tular selepas memuat naik video memberi tulang ayam kepada seorang gelandangan.
Menerusi satu kenyataan di media sosialnya, Mek Yun mempersoalkan niat sebenar di sebalik video tersebut, yang didakwa lebih menjurus kepada penghinaan berbanding kebajikan.
“Korang dah tengok video tiga orang Cina bagi tulang ayam kat pengemis? Lepas kena bash baru buat ‘apology video’ dan kata ‘kami dah bagi ayam penuh sebelum tu’. So what’s the point of the tulang video then?
“Kalau niat korang betul, kenapa moment paling menghina tu yang korang pilih post? Itu bukan content kebajikan. Itu content memperlekeh maruah manusia,” tegasnya.
Mek Yun turut menzahirkan kebimbangan terhadap trend sesetengah pencipta kandungan yang semakin berani menggunakan golongan terpinggir demi meraih tontonan dan sensasi murahan di media sosial.
“Nak jadi content creator, kena ada akal dan adab. Tolonglah jangan normalise content yang mengarut dan cetek macam ni semata-mata nak viral," tambahnya.
Setakat ini, ketiga-tiga individu terbabit telah memadam video asal dan memuat naik video permohonan maaf. Namun, ramai menyifatkan ia dibuat selepas menerima tekanan hebat daripada netizen.
Topic Berkaitan
#Gelandangan
#Tegur
#Content
#Mek Yun
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement