HIBURAN
Avaa Vanja Restu Anak Ceburi Dunia Seni - "Saya Nampak Diri Saya"
Pelakon Avaa Vanja tidak menghalang anak perempuannya daripada mengikut jejak langkahnya dalam industri seni.
Menurut Avaa, dia perlu mengajar anaknya, Maleena Aamil, yang berusia 13 tahun tentang kepentingan ilmu serta memberikan bimbingan yang betul sebelum melangkah ke dunia hiburan.
"Saya okay sahaja jika dia mahu menjadi anak seni, tetapi yang paling penting adalah pengetahuan dalam bidang yang ingin diceburinya.
"Kalau dia mahu berlakon, saya perlu mengasah bakatnya dan menghantarnya ke sekolah lakonan supaya dia benar-benar bersedia," katanya kepada Gempak ketika ditemui di Majlis Pelancaran Unifi TV baru-baru ini.
Dalam pada itu, pelakon itu turut menyatakan anaknya kini menjadi perhatian beberapa agensi, malah ada model antarabangsa yang berminat untuk mengambilnya sebagai sebahagian daripada mereka.
"Sekarang ini, anak saya sedang diperhatikan oleh beberapa agensi. Sebenarnya, ada banyak model antarabangsa yang berharap dia menyertai mereka, dan ada yang sudah berjaya mendapatkannya.
"Sebagai ibu, saya perlu memastikan dia memilih jalan yang betul," jelasnya.
Melihat kesungguhan dan bakat anaknya dalam bidang seni, Avaa mengakui dia melihat refleksi dirinya dalam Maleena, membuatkannya lebih berwaspada dalam membimbingnya memasuki dunia industri ini.
"Saya nampak diri saya dalam dirinya, jadi saya perlu menjaga dan membimbingnya dengan sebaik mungkin," kongsinya.
Pada masa sama, Maleena turut berkongsi kini dia aktif dalam menceburi bidang seni muzik serta terlibat dalam kerja-kerja di belakang tabir di sekolahnya.
"Saya lebih gemar bermain alat muzik klasik seperti cello, tetapi saya juga berminat dalam dunia lakonan. Di sekolah, saya banyak menulis skrip dan berlakon.
"Saya juga terlibat dalam kerja-kerja di belakang tabir seperti menguruskan props, dan baru-baru ini saya mengarahkan sebuah teater di sekolah," kata Maleena.
Sekadar info, Avaa pernah mendirikan rumah tangga dengan Amil Sulaiman pada tahun 2011 namun mereka bercerai pada Februari 2022.
BERITA BERKAITAN: Ava Vanja Belum Terbuka Hati Untuk Bercinta, Mahu ‘Abang Melayu’ Sebagai Jodoh - "Saya Kalau Boleh Tak Mahulah..."
BERITA BERKAITAN: Didik Anak Jangan Membazir, Netizen Puji Cara Maryam Younarae ‘Pujuk’ Rina Diana Menangis Nak Patung Lagi - “Kalau Nak Beli 10 Pun Mampu, Tapi Dia…”
BERITA BERKAITAN: "Exotic Muka, Wajah Internasional” - Netizen Terpegun Lihat Kejelitaan Anak Zila Bakarin, Kasih
BERITA BERKAITAN: Anzalna Dah Survey Sekolah Anak Sejak Bayi Lagi - "Saya Nak Berikan yang Terbaik"
Must-Watch Video