,
Laman Utama

Avaa Vanja Naik Hairan Netizen Kecam Kenyataan 'Tak Pakai Tudung Tapi Ingat Allah' - "Baca Dulu Sebelum Mengata"

Amri Hassan
04/03/2022
02:55 MYT
Pelakon Avaa Vanja terkejut apabila netizen tampil mengecam kenyataannya kepada media mengenai perihal bertudung dan perceraian.
Berkongsi perkara terbabit di Instagram Stories, kata Avaa, netizen seharusnya lebih celik dan tidak hanya membaca tajuk artikel semata-mata dan terus membuat justifikasi.
"Pasal artikel ini pun kena kecam. Padahal kita sharing tentang pengalaman kita dan sebagai seorang wanita kita pun ada hak untuk mempertahankan diri. Baca dulu sebelum mengata.
"Saya suka artikel yang ditulis namun kenapa netizen ni? What is wrong with you guys? Baca artikel sepenuhnya, nampak nau cetek mindanya," tegasnya yang turut berkongsi tangkap layar artikel dari media tempatan.
Terdahulu Avaa mengulas mengenai hal perceraian dengan bekas suami sehari sebelum perbicaraan kes mahkamahnya pada Rabu lalu.
"Sejujurnya perceraian bukan satu proses yang mudah terutamanya kalau memang sudah tiada persefahaman. Ada wanita yang hidup terkontang-kanting dan teraniaya sebab nak bercerai.
"Ada antara mereka yang ada bukti kukuh tapi tiada duit, tiada peguam dan sebagainya.
"Saya bersyukur urusan saya dipermudahkan sebab ktia tahu hukum-hakam Islam. Kalau benar memang dah tiada persefahaman, biarkan mahkamah yang buat keputusan sebab agama kita ada undang-undang," katanya.
Avaa ketika itu ditemui pada majlis pelancaran filem Gadis Jolobu The Movie di KL Jazz & Arts Centre (KLJAC) baru-baru ini.
Menurut Avaa, dia kini mahu membina kehidupan baharu bersama anaknya selepas 11 tahun berkongsi hidup dengan bekas suami yang tidak menghargai kehadirannya.
"Hubungan macam tiada makna bermula sejak kes polis yang saya dedahkan sebelum ini. Saya buat keputusan bahawa adalah tak baik untuk anak membesar dengan hubungan seperti ini.
"Untuk dia (anak) lihat benda yang tak bagus, saya berkeras kepada diri cakap, sudah sampai waktu saya bertegas sebab saya pun bukannya muda lagi.
"Biarpun saya tak bertudung tapi saya masih ingat Allah SWT. Itu yang menguatkan saya dan mendorong untuk bertindak dan melakukan sesuatu," ujarnya.
Malah, sejak berkahwin dia terpaksa mengorbankan kerjaya yang dicintainya.
Terdahulu, Avaa yang menfailkan tuntutan fasakh dan hadhanah (hak penjagaan anak) pada Disember 2021 dan bercerai talak satu dengan Aamil yang seorang juga pemuzik.
Ketika itu, Avaa diberikan hak penjagaan sementara satu-satunya cahaya mata mereka, Merlissa, 10.
Oktober tahun lalu, Avaa juga ada membuat laporan polis mendakwa dirinya dan anak berdepan penderaan domestik.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Idzham Ismail Tengah ‘Tunggu Bidadari Baru’, Netizen Rancak Beratur Tawarkan Diri Nak Jadi Teman Hidup - “Saya Dah Lupakan Fattah Amin”

gempak
24/11/2024
08:55 MYT
Sejak kes penceraian, nama pelakon, Idzham Ismail sering mencuri perhatian netizen.
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Unitar