,
Laman Utama

Avaa Vanja Mohon Hak Penjagaan Penuh, Failkan Injuksi Halang Suami Bawa Anak Ke Amerika Syarikat

Amri Hassan
03/01/2022
08:25 MYT
Pendengaran kes hadhanah pelakon Avaa Vanja bermula pada hari ini (Isnin) di Mahkamah Tinggi Syariah setelah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Aamil Sulaiman pada 2 Disember 2021. BACA: Avaa Vanja Tuntut Cerai Dengan Suami Peguam Syarie Nurul Hafidzah dan Zeti Zulkifli berkata anak guam beliau memohon agar diberi hak penjagaan sementara menunggu permohonan hadhanah penuh diputuskan kerana anak guam khuatir kebajikan dan akidah anak terabai sekiranya tidak dijaga beliau. "Avaa juga memfaikan injunksi bagi menghalang anak beliau dibawa keluar negara oleh suaminya yang turut mempunyai kewarganegaraan Amerika Syarikat dan anak beliau juga mempunyai kewarganegaraan negara itu," kata Nurul Hafidzah menerusi kenyataan media yang dikirimkan kepada Gempak. Pada 28 Disember, proses sulh hadhanah dan sebutan pertama kes cerai di Mahkamah Tinggi Syariah telah pun dijalankan. Pagi tadi, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah telah membenarkan kedua-dua permohonan injuksi dan interim hadhanah. Ini bermaksud, Avaa telah berjaya dalam kedua-dua permohonan. Dengan keputusan mahkamah tersebut, Avaa telah diberikan hak penjagaan sementara dan injunksi interim bagi menghalang anak beliau dibawa keluar dari negara. Media melaporkan yang Avaa membuat langkah pertama untuk memfailkan perceraian kerana beliau berpendapat bahawa rumah tangganya tidak dapat dipelihara jika dia terus tinggal bersama suaminya. Avaa berharap tindakan undang-undang yang diambil dapat menyelesaikan masalah rumah tangganya dan memohon doa daripada semua pihak supaya semuanya berjalan dengan lancar. Pelakon francais Kampong Pisang itu juga berterima kasih kepada semua pihak yang menyokongnya semasa sedang mengharungi konflik rumah tangganya dan mengharapkan keputusan yang positif bagi semua pihak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

Elly Mazlein Kongsi Detik Perkenalan Bersama Suami - ”Lepas Dia Beritahu Tiada Instagram, Terus Lulus”

gempak
19/09/2024
08:55 MYT
Penyanyi dan pengacara terkenal, Elly Mazlein mengimbau kembali detik sewaktu perkenalan dengan suami, Muhammad Azlan Che Nuh.
Terkini

Enam Bulan Sorok Bunuh Suami Diserang Strok

gempak
19/09/2024
02:55 MYT
Kes pembunuhan seorang lelaki di tangan isterinya akhirnya terbongkar setelah enam bulan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.