,
Gaya Hidup

“Atuk Pun Ikut Jalan Macam Cucu” - Aksi Ismail Sabri Yaakob Rindu Cucu Tarik Perhatian Netizen

Azwa Rahman
15/12/2020
07:50 MYT
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Ismail Sabri Yaakob mencuri perhatian wargamaya apabila mengajuk cara cucu beliau, Jeanelle Nika Mandagie berjalan.
Menerusi laman sosial Instagram, anak beliau, Datin Nina Sabrina berkongsi sepotong video aksi comel datuk dan cucu itu untuk tatapan umum.
“Cucu atuk,” tulis Nina ringkas sebagai kapsyen.
Menerusi perkongsian berdurasi 11 saat itu, Jeanelle berjalan menuju ke arah Ismail Sabri lalu memeluk datuknya.
Ismail Sabri pula dilihat meniru gaya jalan Jeanelle sebelum menyambut pelukan cucunya itu.
Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya dan rakan selebriti yang terhibur melihat aksi dua beranak itu yang kelihatan comel.
Atuk kalau jumpa cucu mesti akan buat kelakar!” tulis pelakon Yana Samsudin.
Yang atuk pun jalan macam cucu,” kata seorang wargamaya.
Dalam ketegasan, bila jumpa cucu terus jadi cute,” usik seorang wargamaya.
Comelnya princess! Atuk pun sporting dengan cucu. Happy tengok cucu dengan atuk,” komen seorang wargamaya.
Datuk Sri dah macam menari zapin. Haaa masuk!” ujar seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 100,000 tontonan daripada warga Instagram.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

[VIDEO] "Kenapa Bila PM Pakai Batik Tempatan Tak Ada Siapa Ambil Peduli?" - Pengasas Batik Viral Raifili

gempak
29/06/2022
04:20 MYT
Pengasas jenama batik tempatan, Raifili, Siti Fitryah Harun, 32, kecewa dengan sikap segelintir netizen yang sengaja mencari kesalahan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Laman Utama

“Cepat Cari Menantu Untuk Papa Awak” - Wish Birthday Ayah, Dafi Kena Sakat ‘Bawa’ Balik Isteri?

gempak
19/01/2022
01:40 MYT
Dah ada jodoh ke
Laman Utama

"Macam Model!" - Keletah Spontan Cucu PM, Jeanelle Nika Datang Parlimen Curi Perhatian Ramai

gempak
17/11/2021
14:13 MYT
Amboi... bukan main Jeanelle Nika ni!
Laman Utama

Cucu Ajak Masuk Kedai Permainan, Netizen Bergurau Minta Ismail Sabri Bersedia - “Gaji Atuk Sebulan Gone”

gempak
27/09/2021
10:45 MYT
Takpe, atuk belanja semua hehe.
Laman Utama

Kuarantin Kendiri, PM Sertai Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2021 Secara Maya & "Terlepas" Hadir Istiadat Angkat Sumpah Kabinet

gempak
30/08/2021
23:42 MYT
Semoga dipermudahkan.