,
Laman Utama

Atta-Aurel Sembelih 11 Kambing & Sediakan 222 Kg Daging Untuk Akikah Ameena, Ini Komen Agamawan

Amri Hassan
05/03/2022
04:50 MYT
Pasangan popular Indonesia Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah telah selamat melangsungkan majlis akikah buat permata hati mereka, Ameena Hanna Nur Atta pada Jumaat.
Menariknya, untuk majlis akikah itu, pasangan terbabit telah menyembelih 11 ekor kambing seberat 222 kilogram daging untuk tetamu yang hadir dan diagihkan kepada penduduk sekitar.
Mengulas mengenai hal terbabit, kata pendakwah popular Indonesia, Sheikh Muhammad Jaber, ia tidak menyalahi agama Islam dan tidak berlebihan.
"Sebenarnya kalau dikurniakan seorang anak perempuan cukup satu ekor kambing, kalau anak lelaki dua ekor. Tapi kalau misalnya punya kemampuan, mahu lebih dari itu boleh saja. Itu tandanya syukur kepada Allah dan berbagi, keran bahagia kita membahagiakan orang lain.
"Majlis itu tidak berlebihan, tetapi kalau tidak mampu tak boleh. Maksudnya seseorang yang meminjam duit untuk mengadakan acara besar, itu tidak boleh," katanya seperti dilaporkan oleh KapanLagi.
Dalam pada itu, Sheikh Muhammad Jaber turut memuji pilihan Atta dan Aurel untuk mengadakan majlis akikah buat anak mereka pada hari Jumaat.
"Acara itu sangat berkat kerana akikah, apalagi keluarganya memilih hari Jumaat dan itu hari yang penuh keberkatan. Insya-Allah Ameena akan menjadi anak yang solehah," ujarnya.
Atta dan Aurel menimang cahaya mata sulung pada 22 Februari lalu selepas bernikah pada 3 April 2021.
Untuk rekod, Aurel pernah keguguran pada Mei tahun lalu.
Foto: IG Atta Halilintar, Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.