,
Laman Utama

Atlet Bola Jaring Fariha Razak Bergelar Penyanyi - “Tiba Masa Saya Buat Benda Baru”

Azwa Rahman
01/09/2022
14:09 MYT
Atlet bergelar penyanyi Fariha Razak kini lebih terbuka menceburi bidang nyanyian setelah sekian lama menyimpan hasrat untuk bergelar penghibur.
Menurut Fariha atau nama sebenarnya Nurfariha Abdul Razak, 27, keputusan untuk menjadi penyanyi diambil selepas menimbang tara peluangnya makin bersinar selepas menyertai program realiti All together Now Malaysia.
“Saya dah 10 tahun menceburi sukan bola jaring mewakili Malaysia, dah tiba masanya saya buat benda baru. Selain itu, saya memang dah jadi hos. Nak menyanyi tu dah lama saya nak cuba tapi tiada masa sebab ada latihan back to back. Cuma hobi saya memang suka menyanyi.
“Saya merupakan peserta All Together Now Malaysia musim pertama. Pada mulanya saya sertai pertandingan tu sekadar suka-suka, nak kutip pengalaman baru, saya pergi tanpa jangkaan nak menang, dan dari situ jugalah saya dapat peluang, ada label di bawah Sharon Paul nampak bakat saya,” ujarnya ketika ditemubual.
Fariha ditemui pada majlis showcase Mimpi yang merupakan platform bagi bakat-bakat baharu membuat persembahan yang berlangsung di Nero Space Event, , PJ Performing Arts Centre pada Selasa.
Jelas kapten pasukan Johor Jewels yang bergelar juara Liga Sooka Netball Super League baru-baru ini, dia mahu menyertai pelbagai program realiti TV kerana sukakan cabaran.
“Lepas dua tahun Covid ni, dah takde latihan, barulah saya dapat masa untuk buat benda baru yang dah lama saya nak buat.
“Kini saya juga terbuka untuk menyertai pertandingan nyanyian realiti TV sebab saya suka meletakkan diri saya dalam satu cabaran baru, saya perlukan sesuatu yang mengujakan saya,” katanya lagi.
Pada malam Selasa yang lalu, lima orang bakat baharu, Afiq Adnan, Nidza Afham, Razmansyah, Fariha Razak dan Khareez Kasbulah mempamerkan nyanyian luar biasa mereka dalam sebuah showcase yang diberi nama Mimpi.
Fariha tampil membuat persembahan single terbaharunya berjudul Hapus.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Tiket Sold Out! 5 Penyanyi BBNU Pamer Bakat Nyanyian Luar Biasa Dalam Showcase Mimpi

gempak
31/08/2022
04:10 MYT
Terus mewarnai dunia seni negara.
Laman Utama

Trofi Kejuaraan NSL 2022 Milik Johor Jewels, Fariha Razak Dan Nurul Huda Sempat Ulas Beberapa Isu

gempak
27/06/2022
02:29 MYT
Tahniah Johor Jewels
Berita

Bukan Setakat Hebat Di Gelanggang, Atlet Sukan SEA, Fariha Razak Juga Bijak Akademik!

gempak
14/11/2019
23:30 MYT