HIBURAN
Atiq Azman Selamat Nikahi Wanita Pilihan Alia Natasha
Pelakon Atiq Azman dikhabarkan telah selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya, Alia Natasha, sekitar pukul 9.30 malam, Jumaat.
Menerusi siaran langsung akaun TikTok Atiq, mereka berdua kelihatan sama cantik dengan busana putih yang dikenakan oleh pasangan tersebut.
Sebelum ini, Atiq pernah mengakui bahawa dirinya sudah bersedia untuk melakukan perubahan dalam kehidupan, khususnya dalam memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Menariknya, Atiq dan Alia sebenarnya mula berkenalan hanya melalui media sosial. Perhubungan mereka yang bermula dengan kiriman mesej di Instagram akhirnya membawa kepada ikatan yang lebih rapat sehingga ke jenjang pelamin.
Terdahulu, Atiq memuat naik sebuah video di TikTok miliknya yang memaparkan dirinya bersama seorang wanita sedang menjalani sesi fotografi. Foto-foto tersebut dipercayai akan digunakan bagi urusan akad nikah mereka.
Dalam perkongsian yang sama, pelakon itu turut menulis kapsyen Bismillah berserta tanda pagar #countingdays, seolah-olah memberi bayangan bahawa hari bahagianya semakin hampir.
Must-Watch Video