Hiburan
Atasi Stigma Kesihatan Mental: Pentingnya Meminta Bantuan untuk Kesihatan Mental
Pengasas Mental Illness Awareness and Support Association (MIASA), Anita Abu Bakar mengakui cabaran stigma dan diskriminasi masih wujud, terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.
Kesukaran Mencari Bantuan
Menerusi podcast di platform Syok, Anita berkata walaupun akses kepada bantuan mental kini lebih mudah, keadaan berbeza di kawasan luar bandar di mana sumbernya terhad.“Zaman sekarang lebih mudah untuk dapatkan bantuan tetapi bergantung juga kalau kita di kawasan luar bandar ia sukar sikit sebab terhad.
“Cabaran untuk break free dengan mental health agak sukar sebab ada stigma, diskriminasi.
“Dalam kita sendiri ini tanggapan umum kita sendiri takut, macam mana nak break free adalah dengan obanyak perkara iaitu knowledge, tetapi awareness sangat penting.
“Keberanian untuk meminta bantuan bukan hanya bergantung kepada ketersediaan perkhidmatan tetapi juga kepada persepsi masyarakat yang sering kali dipenuhi stigma,” katanya.
Pentingnya Kesedaran
Sementara itu, Anita turut menegaskan bahawa di MIIASA tiada paksaan bagi seseorang individu itu untuk berkongsi masalah mereka.
Ia adalah pilihan peribadi yang bergantung kepada keselesaan masing-masing.
Namun, salah satu langkah awal yang sangat disarankan adalah untuk bercakap dengan seseorang.
“Bagi perspektif MIASA tiada paksaan untuk individu itu nak kongsi masalah mereka macam mana, ia bergantung apa-apa yang mereka selesa, apa yang anda hadapi boleh kongsi kalau selesa.
“Tapi kalau kita dah rasa mungkin ada simptom awal sebagainya ia disarankan untuk pergi clinical psykitiaris atau klinikal psychologist untuk pergi diagnosed mental health.
“Untuk pertama kali session dah boleh buat diagnosis kalau pesakit itu kongsi masalah.
“Yang paling penting cakap dengan seseorang,”katanya lagi.
Bagi mereka yang berjuang dengan masalah kesihatan mental, berani untuk meminta bantuan adalah langkah pertama yang penting.
ARTIKEL BERKAITAN: Menghadapi Cabaran Mental: Ini 10 NGO yang Bersedia Membantu
ARTIKEL BERKAITAN: 7 Tanda Awal Masalah Kesihatan Mental & Kepentingan Dapatkan Bantuan Yang Diperlukan
ARTIKEL BERKAITAN: Langkah Menuju Pemulihan: Mengatasi Stigma dan Mencari Bantuan Kesihatan Mental
ARTIKEL BERKAITAN: Shasha Abedul Hidap Depresi & Anxiety - “Saya Pergi Terapi & Jumpa Pakar Psikologi, Alhamdulillah Semakin Baik”
Sekadar info, MIASA merupakan satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengadvokasikan kesihatan mental dan menyokong mereka yang bertarung dengan penyakit mental (peer) dan penjaga adalah untuk mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan mental dan untuk memperbetulkan tanggapan dan kekeliruan masyarakat mengenai isu kesihatan mental dan penyakit mental serta menyediakan sokongan kepada ‘peer’ dan penjaga mereka melalui pelbagai program dan aktiviti kesedaran dan sokongan.
Sementara itu, untuk pengetahuan anda Astro Shaw bakal mempersembahkan drama Projek; Exit arahan Zulaikha Zakaria yang akan mengetengahkan isu remaja dalam mengharungi masalah kesihatan mental.
Projek; Exit akan ditayangkan secara eksklusif di Astro mulai 1 November 2024.
Drama ini akan dibintangi oleh pelakon hebat seperti Mierul Aiman, Nabila Huda, Naim Daniel, Shasha Abedul dan ramai lagi.
Sinopsis Projek; Exit
Setelah gagal dalam percubaan untuk membunuh diri, seorang remaja perempuan dengan masalah depresi dihantar ke asrama juvana/ pusat pemulihan akhlak. Dia bertemu seorang remaja lelaki di mana mereka berdua berkomplot untuk lari dari pusat itu.
Must-Watch Video