,
Hiburan

“Atas Persetujuan Bersama, Suhaimi Saad Direhatkan Dari Konsert 4Nomena” – Wakil Penganjur

Mya Amri
18/02/2019
04:37 MYT
Bekas anggota kumpulan Inteam, Suhaimi Saad, direhatkan daripada Konsert Amal 4Nomena Alumni UIAM yang bakal berlangsung pada 20 April depan.
Menurut wakil penganjur yang juga Pengarah KGM Event, Mahmud Fahrurrazey, keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama.
“Kami sedia maklum mengenai kontroversi yang melanda Suhaimi Saad berhubung isu beberapa kenyataan beliau yang berbaur provokasi sehingga bukan sahaja menerima reaksi kurang senang di kalangan netizen malah turut mendapat liputan meluas di media massa.
“Selaku penganjur 'Konsert Amal 4Nomena Alumni UIAM, kami berasa amat kesal perkara ini menjadi isu yang sangat besar sehingga mencetuskan perang mulut yang melibatkan ramai pihak dan Suhaimi Saad sendiri yang sangat kami hormati secara peribadi.
“Kami sebagai penganjur berpendirian, kontroversi ini pada mulanya dilihat sebagai isu kecil yang tercetus daripada keterlanjuran khilaf yang mungkin tidak disengajakan atas kapasiti peribadi.
“Ia tidak sedikitpun mengurangkan keyakinan kami untuk bergandingan dengan beliau bagi menjayakan penganjuran konsert amal ini.
“Untuk pengetahuan semua, sepanjang bekerjasama dengan Suhaimi Saad, kami mengenali karekter beliau sebagai seorang yang sangat komited dalam menyokong sebarang program yang berunsurkan dakwah dalam memperjuangkan irama nasyid. Beliau juga kami sifatkan sebagai seorang artis yang memiliki karisma dan berbakat besar.
Mahmud juga menjelaskan, pihaknya ada berhubung dengan Suhaimi bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu tular tersebut.
“Pihak kami ada berhubung dengan beliau baru-baru ini untuk mendapatkan penjelasan mengenai kontroversi yang melanda selain untuk berbincang dengan lebih lanjut mengenai pembabitan beliau dalam konsert ini.
“Setelah mengambil kira segenap sudut pandangan dan keperluan demi kelangsungan penganjuran konsert amal ini di masa akan datang, kami bersepakat untuk merehatkan Suhaimi Saad daripada konsert kali ini.
“Keputusan ini juga diambil untuk memberi sedikit ruang kepada beliau atas persetujuan bersama dengan kedua belah pihak setelah berbincang dengan teliti.
“Kami menyerahkan kepada kebijaksanaan dan kematangan Suhaimi Saad sendiri untuk menyelesaikan segala kemelut yang berlaku dengan penuh berhemah dan integriti.
“Kami sangat optimis dan berharap agar segala salah faham yang terjadi dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat. Insya Allah,” jelasnya.
Terdahulu, Konsert Amal 4Nomena Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menggabungkan barisan artis nasyid terhebat iaitu Hijjaz, Inteam, Unic dan Mestica.
BACA: Rindu Lagu-Lagu Nostalgia? Hijjaz, Inteam, Unic & Mestica Bergabung Di Konsert Amal 4Nomena
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3

gempak
20/09/2024
05:22 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3 Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Viral

Hadir Bersama Alif Teega Di Mahkamah, Ini Respons Aisyah Hijanah Bila Ditanya Soal Perceraian…

gempak
20/09/2024
03:55 MYT
Kehadiran isteri kepada pempengaruh media sosial, Alif Teega iaitu Aisyah Hijanah menemani suaminya di Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat mengundang pelbagai reaksi netizen.
Hiburan

Ulas Isu Rumah Tangga Fazura-Fattah, Netizen Mula ‘Serang’ Tya Ariffin & Asyraf Khalid - “Yang Dari Suka Tengok Podcast Ini, Tiba Rasa Menyampah...”

gempak
20/09/2024
02:55 MYT
Gara-gara mengulas isu rumah tangga pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin, pelakon Tya Ariffin serta suaminya iaitu Asyraf Khalid menerima kecaman netizen di laman sosial.
Berita

Mengaku Tak Bersalah, Alif Teega Mohon Dibicarakan

gempak
20/09/2024
02:29 MYT
Pempengaruh media sosial, Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, atau Alif Teega mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menyalahgunakan dana awam.