,
Laman Utama

"Asyik Nak Berom*n Je, Buat Malu Jantan!" - Netizen Serang Bekas Suami Zarina Anjoulie Pula, Dah Kenapa?

Amri Hassan
12/05/2021
06:25 MYT
Pendedahan cerita dalam kain pelakon Zarina Anjoulie dengan bekas suaminya, Eilyas Azhar membuka ruang kepada netizen untuk terus melemparkan pelbagai kecaman.
Terbaharu, Eilyas atau lebih mesra dengan panggilan Yas pula diserang netizen dengan hamburan kata-kata negatif.
Antaranya menyifatkan lelaki itu seorang yang tidak berguna, kaki kikis malah lebih teruk mengaitkan dengan maruah ibu bapanya yang tidak memberikan pendidikan agama yang sempurna.
"Jadilah lelaki yang berguna sikit jantan oi. Dah kikis orang punya duit lepas itu blah. Bapa jantan tak guna! Mak bapa warak tapi anaknya subhanaallah. Tak didik jadi lelaki yang bagus.
"Buat malu la kau ini. Kerja nak tumpang glamour saja eh. Kau sedar diri kau itu sikit. Jantan macam kau ini bersepah dekat tepi lorong! Tak guna punya lelaki.
"Perangai macam musibat. Belajar la jadi yang berguna sikit. Ni asyik nak berom*n saja. Lepas itu blah. Buat malu jantan," kata individu tersebut.
Dalam pada itu, Eilyas menerusi kapsyen di perkongsian paparan skrin mesej tersebut berkata tuduhan individu tersebut seakan-akan lebih mengetahui segala masalah dalam rumah tangganya dengan Zarina.
"Bahasa pun. Macam duduk sebumbung borak. Pernah tidur sekatil dengan kitorang ke threes***? Cakap macam malaikat yang sentiasa duduk kat bahu tu sentiasa catit. Aku picit anak tekak kau tau la," tulis Yas.
Zarina sebelum ini mengesahkan ikatan perkahwinan dengan bekas suami berakhir selepas Eilyas melafazkan cerai itu di laman sosial miliknya.
Eilyas kemudiannya meluahkan rasa kesal dengan tindakan akres itu yang mendakwa dia mengharapkan duit bekas isterinya sepanjang mereka berkahwin.
Dalam pada itu, Eilyas menganggap tindakan Zarina berkongsi perihal rumah tangga mereka itu sekadar meraih perhatian masyarakat selain bertujuan mencemarkan maruahnya sebagai suami.
Untuk rekod, ini merupakan pengumuman penceraian kali kedua dengan Eilyas kerana pada 27 Januari lalu, Zarina pernah memaklumkan perkahwinan mereka sudah berakhir selepas enam bulan mendirikan rumah tangga.
Eilyas mendirikan rumah tangga dengan Zarina pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan.
Zarina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Brunei pada tahun 2015 dan bercerai pada Disember 2016.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Unitar