,
Laman Utama

#AstroGOMovies : Heist-Dil-Fitri, Pondok Buruk, Senario, Kampung Pisang, Sepahtu Raya Istimewa Hiburkan Anda Raya Ini!

Syafiqah Jalal
21/04/2023
12:42 MYT
Hari Raya ini tak sah jika Astro tidak menghidangkan rancangan yang menarik dan istimewa untuk tontonan ramai.
Aidilfitri kali ini, supertelemovies serta persembahan lawak semestinya menjadi pilihan yang bakal membuatkan anda terhibur sambil menjamu juadah raya.
Justeru, Gempak senarikan filem, supertele serta program yang menarik untuk anda tonton bila-bila masa menerusi AstroGO Raya ini!
Heist-Dil-Fitri Ibrahim, Musa dan Anis, perompak professional yang tidak pernah merasai kemeriahan Aidilfitri bersama keluarga. Musa mendapat idea untuk merompak rumah seorang hartawan dan memaksanya untuk menyambut raya seperti sebuah keluarga bersama mereka.
Pelakon: Zizan Razak | Issey | Shiqin Kamal
Link: https://astrogo.astro.com.my/link/8TguHKocNxpz3evL7
Quran Pondok Buruk
Atas permintaan peminat, 'Pondok Buruk', sebuah kisah air mata penuh pengajaran kembali selepas 20 tahun, dengan barisan pelakon asal dan wajah baharu dari generasi kini. Kesinambungan daripada telefilem lagenda Pondok Buruk 1 dan 2, Quran Pondok Buruk membawakan kisah obsesi tiga adik-beradik yang derhaka, terdesak mahukan keampunan daripada ibu mereka yang telahpun meninggal dunia..
Pelakon : Dato Rosyam Nor | Fauziah Nawi | Dato Jalaluddin
Jaga-jaga Senariounion
Sebuah majlis akad nikah terpaksa dibatalkan apabila dulang hantaran bernilai RM50 ribu disamun. Muncul seorang penyiasat insuran untuk menyiasat insiden tersebut.
Pelakon: Mohd Azlee|Abdul Wahid|Ahmad Hamdan
Link: https://astrogo.astro.com.my/link/ZKfneNBZi8Qp5cKp8
Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa
Penduduk Kampong Pisang bekerjasama untuk persiapan jamuan Raya ketika huru-hara melanda penduduk kampung itu. Adakah rancangan mereka untuk sambutan raya itu berjaya?
Pelakon: Dato Awie|Nazeera Sardi|Kaka Azraff
Link: https://astrogo.astro.com.my/link/DqNQwMSZGr4RMft88
Koleksi Sepahtu Reunion Al-Raya Koleksi Sepahtu Reunion Al Raya menampilkan selebriti jemputan popular koleksi dari tahun 2019 hingga 2022.
Pelakon: Jep, Rahim, Pak Ya dan artis jemputan yang popular
Saksikan semua program menarik di atas hanya di Astro Go dan On Demand! Tiada Astro Go? Jangan risau, ikut cara mudah ini untuk memuat naik Astro Go di telefon pintar dan gajet anda sekarang.
  • Muat naik aplikasi Astro GO dengan hanya klik di sini (Google Play Store) atau di sini (Apple Store). Cara lain ada juga boleh strim secara terus melalui komputer riba anda di astrogo.astro.com.my
  • Sambungkan Astro ID anda kepada Astro GO dengan mengikuti step di sini
  • Log masuk Astro Go dengan mendaftar menggunakan Astro ID anda
  • Pilih dan layan drama kegemaran anda sekarang
  • Atau scan QR code di bawah untuk mendaftar
Topic Berkaitan
Must-Watch Video