HIBURAN
Astro & Sun NXT Tawar Hiburan India Terbaik, Kandungan Seram & Peluang Menang Hadiah Menarik
Astro terus komited menyajikan hiburan menyeluruh kepada rakyat Malaysia dengan pelbagai kandungan menarik sepanjang bulan Mei.
Antara tarikan utama ialah pelancaran Sun NXT, saluran premium hiburan India, dan SCREAM, saluran khas kandungan seram, selain peluang memenangi hadiah menarik sempena sambutan Hari Bumi Sedunia.
Mulai hari ini, pelanggan boleh menambah Sun NXT ke dalam langganan mereka untuk menikmati pelbagai rancangan TV, filem dan siaran langsung dalam enam bahasa India; Tamil, Telugu, Malayalam, Kannada, Bengali dan Marathi.
Terdapat dua pilihan:
- Sun NXT Lite (percuma untuk pelanggan pek Indian Favourites/Maharaja)
- Sun NXT Premium (RM25/sebulan) yang menawarkan lebih 50,000 jam kandungan on-demand dan akses kepada 34 saluran pelbagai bahasa.
Antara rancangan popular yang ditawarkan termasuk Raayan, Ethir Neechal Thodargirathu, Kayal, Jailer, Annam, dan banyak lagi. Pelanggan boleh melanggan Sun NXT melalui laman astro.com.my/sunnxt, aplikasi MyAstro, atau Ultra/Ulti Box.
.jpg)
Sementara itu, bermula 1 hingga 31 Mei 2025, Astro turut memperkenalkan SCREAM (Saluran 100) – saluran seram 24 jam secara percuma untuk semua pelanggan. Lebih 160 tajuk filem dan drama seram dalam lapan bahasa (Tamil, Melayu, Inggeris, Cina, Hindi, Korea, Indonesia dan Thai) akan disiarkan, termasuk tayangan perdana Kingston (2025) dan The Door (2025) serta filem ikonik seperti Histeria, Dukun, Bhoot, The Eye dan banyak lagi.
Astro juga menggalakkan kesedaran alam sekitar menerusi kempen Rimba Kita: Strim & Menang sempena Hari Bumi Sedunia. Dengan menstrim dokumentari Wild Sky dari Love Nature di On Demand, pelanggan bukan sahaja mempelajari kesan perubahan cuaca ke atas dunia semula jadi, malah menyumbang kepada penanaman semula pokok, setiap strim unik bersamaan RM1 sumbangan ke dana Astro Rimba Kita.

Pelanggan juga berpeluang memenangi jam tangan pintar Garmin vivomove Sport hybrid bernilai hingga RM5,000. Kempen ini berlangsung sehingga 20 Mei 2025 dan boleh disertai menerusi aplikasi MyAstro.
Untuk pengalaman hiburan yang lebih lengkap, pelanggan boleh menyesuaikan langganan mereka dengan lebih 14 aplikasi penstriman seperti Prime Video, Netflix, Disney+ Hotstar, Viu, iQIYI dan banyak lagi, semuanya diurus melalui aplikasi MyAstro.
Nikmati Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan, atau naik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada hanya RM139.99/sebulan.
Untuk langganan atau maklumat lanjut, layari astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
Must-Watch Video