gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Nikah 8 Tahun, Maia Estianty & Suami Tidak Tinggal Serumah
HIBURAN
"Ramai Nampak Saya Tersenyum Di Pentas Tapi Hakikatnya ..." - Azharina
DRAMA
Astro Originals Honey Trap Angkat Isu Skizofrenia Dengan Penuh Sensitiviti - “Kami Sangat Sedar Akan…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

DRAMA

Astro Originals Honey Trap Angkat Isu Skizofrenia Dengan Penuh Sensitiviti - “Kami Sangat Sedar Akan…”

Ainun Md Zooki
Ainun Md Zooki
27/06/2025
18:55 MYT
Sponsor Banner
Astro Originals Honey Trap Angkat Isu Skizofrenia Dengan Penuh Sensitiviti - “Kami Sangat Sedar Akan…”
Penerbit Astro Originals Honey Trap, Mo menjelaskan siri ini diterbitkan dengan tujuan untuk mengetengahkan isu kesihatan mental terutama sekali mengenai skizofrenia kepada penonton Malaysia.
Menurut MO, sejak awal lagi pasukan produksi sedar mereka perlu berhati-hati dalam membentuk jalan cerita memandangkan topik masalah kesihatan mental ini sangat sensitif dan memerlukan pendekatan yang lebih bersesuaian.

“Sejak dari awal lagi, kami sangat sedar akan kepentingan untuk berhati-hati dalam membentuk jalan cerita kami, kerana sudah tentu kami menyentuh topik yang sangat-sangat sensitif, terutamanya berkaitan dengan skizofrenia,” katanya kepada Gempak.

Tambahnya lagi, pengarah Astro Originals Honey Trap ini juga mengambil inspirasi daripada pengalaman peribadi untuk memastikan jalan cerita ini lebih jujur dan realistik.
Mereka juga melakukan kajian bagaimana penghidap masalah skizofrenia ini bertindak, berfikir dan menghadapi cabaran harian.
“Jadi Imran, selaku pencipta dan pengarah, bersama dengan pasukan, kami benar-benar menyelami kajian yang mendalam tentang bagaimana seseorang yang menghidap skizofrenia bertindak balas dan bagaimana mereka menghadapinya.

“Imran juga mengambil inspirasi daripada pengalaman peribadinya untuk memastikan cerita ini disampaikan secara autentik, dan memastikan sensitiviti isu ini dijaga dengan baik,” jelasnya.

Walaupun siri Honey Trap adalah sebuah karya fiksyen namun, pasukan produksi tetap memilih untuk berhati-hati dalam menyampaikan naratif siri ini agar ia tidak keterlaluan atau memberi gambaran yang salah kepada masyarakat.
“Kami sentiasa peka dalam mencipta sebuah siri yang boleh dikaitkan oleh penonton, tetapi dalam masa yang sama, kami tidak mahu menyesatkan atau mengelirukan penonton dari awal.

“Jadi kami sangat jelas dalam menetapkan sempadan, memastikan bahawa individu yang mengalami masalah kesihatan mental tidak rasa diri mereka tersalah wakil atau disalah faham,” kongsinya.

Saksikan Honey Trap setiap Jumaat bermula 12malam di On Demand, Astro Ultra dan Astro Go atau di Astro CITRA saluran 108 pada hari yang sama jam 9 malam.
Topic Berkaitan
#Kesihatan
#Mental
#Masalah
#Astro Originals
#Skizofrenia
#Honey Trap
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement