,
Sukan

Astro Kem Badminton: Galakan Ibu Jadi Semangat Chloe Lam Ceburi Sukan Badminton

Kamaruddin Razal
08/10/2019
23:00 MYT
Pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chiao Nan, Kuala Lumpur, Chloe Lam Jing Yee, 11, mula menjinakkan diri dalam sukan badminton selepas didorong oleh ibunya.
Mula melibatkan diri semenjak darjah tiga, minat Chloe mula berputik setahun kemudian.
"Saya mula bermain badminton semenjak berusia sembulan tahun. Pada waktu itu, ibu yang memberi galakan. Pada awalnya, saya hanya sekadar mencuba.
"Namun begitu, minat kepada sukan badminton mula bertunas ketika saya berusia 10 tahun dan semenjak itu, saya serius dalam acara ini.
"Biarpun tidak lahir dari keluarga yang mempunyai latar belakang sukan, sokongan ibu bapa menjadi penguat untuk saya," kata Chloe yang menjadi wakil sekolah untuk ke pertandingan badminton daerah dan negeri.
Kanak-kanak itu ditemui ketika latihan intensif selama seminggu anjuran Astro Kem Badminton pada penghujung Ogos sehingga awal September lalu.
Menerusi latihan intensif yang turut disertai oleh pelajar dan pemain badminton cilik Jepun, Chloe belajar banyak perkara.
"Melihat mereka bermain, saya belajar banyak benda terutamanya dari segi semangat dan disiplin yang mereka tonjolkan.
"Biarpun sukar berkomunikasi dengan mereka kerana jurang bahasa, saya gembira kerana dapat belajar sesuatu yang baru," katanya lagi.
Chloe merupakan antara 30 peserta terpilih dari 60 penyertaan di program latihan intensif ini untuk menyertai latihan luar negara di Jepun pada penghujung tahun ini.
Semenjak tahun 2017, Astro Kem Badminton menjalin kolaborasi antara Astro Kasih dan Kementerian Pendidikan Malaysia, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Nippon Badminton Association di Jepun.
Di bawah seliaan jurulatih kebangsaan Jepun, Park Joo-Bong, peserta yang terpilih akan menyertai latihan selama dua minggu di Jepun pada penghujung tahun ini bersama Japan National Junior Team.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Alumni Astro Kem Badminton Harumkan Nama Malaysia di German Junior Open

gempak
12/03/2020
07:38 MYT
Sukan

Sertai Latihan Intensif Astro Kem Badminton Di Tokyo, Razeeq Danial Raih Pengalaman Baru

gempak
31/12/2019
08:30 MYT
Sukan

"Peserta Astro Kem Badminton Ada Semangat Tinggi, Cuma..." - Jurulatih Jepun

gempak
27/12/2019
14:28 MYT
Sukan

"Peserta Terpilih Ada Potensi Harumkan Nama Malaysia" - Jurulatih Astro Kem Badminton

gempak
26/12/2019
07:42 MYT
Sukan

Latihan Intensif Astro Kem Badminton Di Tokyo Pupuk Disiplin, Bakal Lahirkan Juara

gempak
24/12/2019
03:48 MYT