,
Laman Utama

Astro Gondol 15 Anugerah! Gegar Vaganza, Sepahtu Reunion Live 2020, Dukun Diva Antara Yang Dijulang Di Anugerah Seri Angkasa 2022

Syafiqah Jalal
31/10/2022
05:24 MYT
Astro menggondol 15 anugerah keseluruhan di Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022) yang berlangsung gilang gemilang selama dua hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Karya Astro memonopoli anugerah dalam semua kategori termasuk drama, pelakon, TV, laporan berita tidak ketinggalan kandungan digital di laman Youtube.
ASA 2022 pada hari pertama acara itu pada 29 Oktober lalu menyaksikan drama bersiri premium Astro Original, Dukun Diva tayangan Astro Citra dinobatkan dalam Anugerah Drama Bersiri TV Terbaik.
Paling membanggakan Astro Gempak berjaya merangkul tiga anugerah menerusi konten digitalnya iaitu Drama Kampung Malar dinobatkan sebagai Drama Pendek Menerusi Youtube Rasmi Terbaik, MV Sentiasa Di Sini Video memenangi Anugerah Klip Hiburan Menerusi YouTube Rasmi Terbaik serta mengungguli Drama Bersiri Menerusi YouTube Rasmi Terbaik menerusi Bunga’ Secret Garden.
Selain itu, program popular Astro Ria, Gegar Vaganza juga diangkat dan memenangi Anugerah Hiburan Muzikal TV Terbaik.
Sementara itu, Sepahtu Reunion Live 2020, Astro Warna menggondol Anugerah Komedi TV Terbaik.
Manakala Anugerah Skrip Drama TV Terbaik dimenangi oleh Sham Hashim menerusi drama Scammer dari saluran Astro Ria.
Tidak ketinggalan TV berbahasa Cina Astro Xiau Tai Yang juga menggondol dua anugerah dalam Pelakon Kanak-kanak TV Terbaik menerusi Howdy My Friends! dan Animasi Tempatan TV Terbaik menerusi The Five Elves: A New World.
Lebih membanggakan lagi, malam kemuncak yang berlangsung malam tadi juga Astro sekali lagi berjaya mengungguli dengan lapan anugerah di ASA 2022.
Senarai penuh pemenang untuk konten dan rancangan di Astro, seperti berikut:
1. Drama TV Bersiri Terbaik (Best TV Drama Series) Dukun Diva (Khaled Novel) - ASTRO Citra
2. Pelakon Kanak-kanak TV Terbaik (Best TV Child Actor) Howdy My Friends! (Phua Chandler)- ASTRO Xiao Tai YANG
3. Animasi Tempatan TV Terbaik (Best Local TV Animation) The Five Elves: A New World (Happy Yeye Sdn. Bhd.) - ASTRO Xiao Tai Yang
4. Candawara (Game Show) TV Terbaik (Best TV Gameshow) Panggung Memori (Mohd Irwan Abdul Rauf) - ASTRO Warna
5. Laporan Khas Berita TV Terbaik (Best TV Special Report News) Kajang Bypass : Lebuh Raya Atau Pusara? (Mohammad Hilmi Hj. Ab Malik) - ASTRO Awani
6. Drama Pendek Menerusi Youtube Rasmi Terbaik (Best Official YouTube Short Drama) Kampung Malar (Deepavali) (Ezrie Gazali) - ASTRO Gempak
7. Video Klip Hiburan Menerusi YouTube Rasmi Terbaik (Best Official YouTube Entertainment Clip Videos) Sentiasa Disini – ASTRO Gempak
8. Jurukamera TV SCP Terbaik (Best TV SCP Cameraman) Manmadha Bullets (Nileshkumar Rajendran) – Astro Vinmeeen
9. Audio Rancangan TV Terbaik (Best TV Show Audio) Anugerah Meletop Era 2020 (Andrew Liew) - ASTRO Ria
10. Hiburan Muzikal TV Terbaik (Best TV Musical Entertainment) Gegar Vaganza (Farhana Hussin) – ASTRO Ria
11. Komedi TV Terbaik (Best TV Comedy) Sepahtu Reunion Live 2020 (Lydia Emalia Ishak) – ASTRO Warna
12. Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik (Best TV Drama Actor) Satu Kampung Dua Orang (Eman Manan) – ASTRO Citra
13. Skrip Drama TV Terbaik (Best TV Drama Script) Scammer (Sham Hashim) – ASTRO Ria
14. Dokumentari TV Terbaik (Best TV Documentary) Herbert Pua Kou Jie (Social Playlist) – ASTRO AEC
15. Drama Bersiri Menerusi YouTube Rasmi Terbaik (Best Official YouTube Drama Series) Bunga's Secret Garden -Astro Gempak
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Viral

Uncle Mike Terima Anugerah Maulidur Rasul - "Sukar Untuk Saya Gambarkan Perasaan Ini"

gempak
16/09/2024
09:14 MYT
Tidak penah terlintas untuk menjadi bapa kepada tiga anak lelaki berlainan bangsa dan agama, namun takdir telah mengubah hidup Michael Tong Wai Siong, 55.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Pertarungan Sengit 10 Finalis, Elemen Kejutan Jadi Tumpuan… Ini Ramalan Siapa Yang Bakal Bergelar Juara

gempak
15/09/2024
06:55 MYT
Debaran semakin kencang! Pentas akhir Gimme The Mic Malaysia bakal berlangsung malam ini dengan menyaksikan 10 finalis bakal berentap menjadi yang terbaik.