HIBURAN
Astro Dinobatkan Sebagai Penerima Anugerah Inovasi Media Unggul di IDEA Award 2025
Astro dinobatkan sebagai penerima Anugerah Inovasi Media Unggul sempena Islamic Distinguished Enterprise Award (IDEA Award) 2025.
Terima pengiktirafan
Terus mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju kandungan berteraskan nilai Islam, pengiktirafan tersebut adalah atas usaha berterusan Astro dalam menerbitkan kandungan patuh syariah serta sumbangannya terhadap pembangunan ekosistem media Islam di Malaysia.Turut hadir sebagai penerima anugerah itu adalah Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari.
Menurut Idlan, pihak Astro amat berbesar hati menerima pengiktirafan itu di anugerah berprestij tersebut.
“Bagi pihak Astro, kami amat berbesar hati atas penganugerahan ini, satu pengiktirafan yang begitu bermakna atas usaha kami dalam mencorak dan mengubah landskap media Malaysia, khususnya dalam menerbitkan program-program berteraskan nilai Islam, memberi inspirasi serta menyampaikan mesej positif kepada penonton.
Idlan berkata demikian ketika ditemui pada majlis Islamic Distinguished Enterprise Award (IDEA Award) 2025 yang berlangsung di Le Méridien Putrajaya, pada Sabtu.“Kami komited untuk terus mengangkat karya-karya yang sarat dengan nilai-nilai Islam yang positif kerana kami percaya Astro mempunyai peranan penting sebagai platform yang menyebarkan kebaikan serta menjadi medium rujukan yang dipercayai oleh penonton dari pelbagai lapisan masyarakat.“Anugerah ini menjadi pembakar semangat untuk kami terus berinovasi, berkarya dengan penuh tanggungjawab, dan menyampaikan kandungan yang mampu menyatukan rakyat Malaysia,” ujarnya.
IDEA Award 2025 dianjurkan oleh Muslim Insiders Chamber of Commerce dengan kerjasama strategik KNKV Group bagi menghargai organisasi yang menunjukkan kepimpinan, inovasi dan komitmen terhadap nilai-nilai Islam dalam amalan perniagaan serta penyampaian kandungan.
Penganugerahan ini turut disaksikan oleh tokoh-tokoh industri dan pemimpin perniagaan, menjadikan ia sebagai satu pengiktirafan tertinggi dalam ekosistem perniagaan Islam negara.
Must-Watch Video