,
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

Gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di Kesatuan Eropah selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik "kebenaran pemasaran", menurut laporan itu.

Berkuat kuasa 7 Mei 2024

Permohonan untuk menarik balik vaksin itu dibuat pada 5 Mac dan berkuat kuasa pada 7 Mei.
Permohonan serupa akan dibuat di United Kingdom dan negara lain yang telah meluluskan vaksin itu dikenali sebagai Vaxzevria, pada bulan depan.
Sementara itu menurut AstraZeneca ia telah memulakan penarikan vaksin COVID-19 di seluruh dunia kerana lebihan vaksin terkini yang tersedia sejak pandemik itu.
Syarikat itu juga berkata ia akan meneruskan untuk menarik balik kebenaran pemasaran vaksin Vaxzevria di Eropah.

"Memandangkan pelbagai jenis vaksin COVID-19 telah dibangunkan, terdapat lebihan vaksin dikemas kini yang tersedia," kata syarikat itu, sambil menambah bahawa ini telah menyebabkan penurunan permintaan untuk Vaxzevria, yang tidak lagi dikeluarkan atau dibekalkan.

AstraZeneca yang tersenarai di London mula beralih ke vaksin virus pernafasan dan ubat obesiti melalui beberapa urus niaga tahun lalu selepas pertumbuhan yang perlahan apabila jualan ubat COVID-19 merosot.
Keputusan menarik balik itu dipercayai dibuat selepas syarikat itu mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin berkenaan boleh menyebabkan kesan sampingan yang jarang berlaku dan berbahaya.
Dalam dokumen undang-undang yang dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi pada Februari, ia membuat beberapa pengakuan, antaranya, ia menyatakan vaksin COVID-19 buatannya 'boleh, dalam kes yang sangat jarang berlaku, menyebabkan TTS atau 'Thrombosis with Thrombocytopenia Syndrome' iaitu pembekuan darah dan kiraan platelet darah menjadi rendah.
Media bulan lalu melaporkan AstraZeneca buat kali pertama mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin COVID-19 mereka boleh menyebabkan kesan sampingan yang jarang berlaku.
Pengakuan itu secara langsung boleh membuka jalan untuk pampasan undang-undang bernilai jutaan pound, dengan 51 kes dikemukakan di Mahkamah Tinggi setakat ini, menuntut ganti rugi dianggarkan bernilai sehingga £100 juta (RM512 juta).
Gergasi farmaseutikal itu menghadapi saman atas dakwaan vaksin yang dibangunkan mereka bersama Universiti Oxford boleh menyebabkan kematian dan kecederaan serius dalam puluhan kes.
Peguam berhujah bahawa vaksin Itu menghasilkan kesan sampingan yang memberi kesan buruk kepada sebilangan kecil individu.
AZ ialah syarikat senarai awam kedua terbesar di UK, dengan modal pasaran melebihi £170 bilion (RM870 bilion). -BERITA HARIAN

BERITA TRENDING: Kes COVID-19 Lebih 12,000, KKM Saran Ambil Dos Penggalak Ketiga

PILIHAN PEMBACA: Gantikan Vaksin & Antibiotik Pada Ayam, Herba Untuk Ternakan Raih Tempat Pertama Minggu Ke-5 INNOVATHON
BERITA TRENDING: Khairy Jamaluddin, DG Hisham Disaman Isu Vaksin COVID-19
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.