,
Laman Utama

Asteroid Setinggi Burj Khalifa Bakal Hampiri Bumi Ahad Ini

Fiza Kamarudin
25/11/2020
13:00 MYT
Asteroid setinggi Burj Khalifa dengan diameter 0.51 kilometer (km) bakal melintasi Bumi hujung bulan ini dengan jarak paling hampir dijangka pada 29 Nov ini.
Menurut NASA, asteroid yang dinamakan 153201 2000 WO107 itu kini bergerak di angkasa lepas pada kelajuan 56,000 batu sejam.
Bagaimanapun, asteroid gergasi yang diklasifikasikan sebagai Asteroid Menghampiri Bumi (NEA) itu tidak mungkin melanggar Bumi atau menyebabkan malapetaka.
Kehadiran asteroid itu memberi peluang kepada saintis untuk mengkajinya dengan lebih terperinci.
Pada 29 Nov 2000, asteroid sama telah dikenal pasti saintis New Mexico buat kali pertama.
Asteroid adalah objek atau batu tanpa udara yang dihasilkan daripada kesan pembentukan sistem suria sekitar 4.6 bilion tahun lalu.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kenali Dr Wan Wardatul Amani, Saintis Malaysia Pertama Terlibat Dalam Misi NASA ke Marikh!

gempak
19/04/2024
06:00 MYT
Mungkin ramai diantara kita tidak mengenali beliau, namun pada April 2014 seorang saintis, Prof Madya Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim berjaya mencipta fenomena besar apabila berjaya mencatat sejarah sebagai wanita pertama Malaysia terbabit dalam program penghantaran penyelidikan ke angkasa dalam misi agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebang
Laman Utama

Terlalu Banyak Satelit Di Angkasa, Sinar Matahari Mungkin Terhalang Sampai Ke Bumi

gempak
24/10/2023
09:30 MYT
Cahaya matahari tersekat.
Laman Utama

Burj Khalifa, Lautan Peminat Sambut Hari Jadi Shah Rukh Khan

gempak
04/11/2022
00:50 MYT
Aura dia!!!
Laman Utama

Menakjubkan! NASA Kongsi Imej Pillars of Creation, Berusia 6,500 Tahun Cahaya

gempak
22/10/2022
15:52 MYT
Imej terkini Tiang-tiang Kejadian (Pillars of Creation) yang cukup memukau telah dikongsikan oleh NASA.
Laman Utama

[VIDEO] Bumi Dah Selamat, Kapal Angkasa Bersaiz 'Mesin Gedegang' Berjaya Hentam Asteroid Dimorphos

gempak
27/09/2022
05:30 MYT
Kapal angkasa hentam asteroid