,
Berita

Ashraf Sinclair Ambil 5000 Kalori Makanan Setiap Hari Demi Dosa

Syafiqah Jalal
16/02/2018
12:30 MYT
Pelakon Ashraf Sinclair akui dia perlu menjalani latihan fizikal intensif sebelum menjalani penggambaran drama siri eksklusif Astro First, Dosa.
Ashraf Sinclair berkata dia dan pelakon lain perlu berlatih setiap hari selama sebulan kerana ia banyak membabitkan babak aksi dan seni silat termasuk menggunakan senjata.
"Terus-terang ia sangat mencabar kerana membabitkan 22 koreografi persilatan dan rasanya seperti berlakon dalam lapan filem.
"Saya turut menjalani latihan intensif selama sebulan sehingga berat badan juga turun dua kilogram ketika menjayakan drama ini.
"Bayangkan selama sebulan kami perlu berlatih setiap hari dari jam 4 petang hingga 9 malam.
"Ia sangat memenatkan, lebih-lebih lagi berlatih ketika bulan puasa," katanya kepada Astro Gempak.
Dosa arahan pengarah terkenal Indonesia, Ifa Isfansyah menampilkan kolaborasi pelakon hebat Malaysia, Indonesia dan Singapura.
Selain Ashraf, drama ini turut dibintangi Datuk M Nasir, Remy Ishak, Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Reuben Elishama, Daniella Sya, Roy Marten, Maudy Koesnaedi, Hannah Al Rashid dan Tegar Satrya.
Selama menjalani latihan tersebut, Ashraf memberitahu dia kehilangan banyak kalori dan perlu mengambil jumlah makanan yang banyak.
"Saya hilang 5000 kalori setiap hari dan untuk 'top up' kembali saya perlu ambil makanan yang sangat banyak seperti kebiasaannya.
"Saya makan nasi dengan banyak sekali setiap hari selain mengambil makanan tambahan protein untuk tenaga yang lebih.
"Selain itu, saya juga makan 'peanut butter' begitu sahaja setiap hari.
"Hasilnya badan saya jadi lebih kurus sedikit tetapi mempunyai otot dan 'six pax' di perut," katanya lagi.
Siri mini lapan episod berjudul Dosa ditayangkan platform digital on demand dan Astro Go serentak dengan tayangan di saluran Astro First bermula 14 Februari lalu.
Karya asal drama ini diilhamkan Ketua Unit Drama Premium & Filem Astro, Saniboey Mohd Ismail dan penulis skrip terkenal Indonesia, Salman Aristo. Ia menggunakan khidmat Pengarah Koreografi handalan dari Indonesia, Cecep Arif Rahman.
Drama ini juga kerjasama antara Astro, Arie Zaharie Production dan Capitol Entertainment Production (Indonesia).
Foto: Instagram Dosa Mini Series Teks oleh: Syafiqah Jalal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Hiburan

"Selamat Hari Jadi Di Syurga" - BCL Titip Ucapan Hari Jadi Buat Arwah Ashraf Sinclair

gempak
18/09/2024
16:55 MYT
Dalam satu hantaran di Instagram penyanyi yang popular dengan lagu Wanita Terbahagia itu telah memuat naik gambar Ashraf meniup lilin dan mengucapkan selamat hari jadi kepada arwah suaminya itu.
Peraduan

Sewa DESPICABLE ME 4-MOVIE COLLECTION di Astro First dan Berpeluang Untuk Memenangi Hadiah Lego Minion!

gempak
18/09/2024
15:34 MYT
Menang Lego Minion dari DESPICABLE ME 4 sekarang!
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.