,
Laman Utama

Ashira Dedah Bad Indigo Tak Pernah Alami Sakit Dada Sepanjang Bergelar Suaminya - “Sebab Itu…”

Izwan Isa
28/10/2023
01:50 MYT
Bekas isteri kepada Allahyarham Bad Indigo, Ashira Aziz mendedahkan yang bekas suaminya itu merupakan seorang penyayang dan sentiasa memberi galakan kepada dirinya.

BERITA TRENDING: Al-Fatihah… Bad Indigo Meninggal Dunia​

Menurut Ashira, sungguhpun telah berpisah, namun, hubungannya dengan arwah masih lagi baik.
Cuma, disebabkan sudah membawa haluan masing-masing, mereka tidak lagi kerap berhubung.
“Sungguhpun kami tidak lagi bersama, namun, hubungan masih baik. Memang selalu saya lihat video-video yang dikongsikan oleh arwah di media sosial,” katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: [VIDEO]: "Bukan Salah Dia, Saya Yang Tak Jujur Sejak Awal…” - Bad Indigo Akhirnya Dedah Punca Cerai

Dalam masa sama, Ashira menjelaskan, dia hanya mengetahui tentang keadaan Bad yang mempunyai masalah jantung selepas dia mendirikan rumah tangga dengan lelaki itu.
“Jadi, waktu itu, dia pernah memberitahu saya jenis ubat yang perlu diambil sekiranya dia mengalami serangan jantung.

BERITA TRENDING: Bad Indigo & Ashira Umum Bercerai, Rahsiakan Punca Perpisahan

“Tapi sepanjang bergelar isterinya, dia tidak pernah pun alami sakit dada, cuma dia ada kencing manis yang teruk.
“Sebab tu bila saya dapat tahu dia dah tiada, saya jadi sangat terkejut,” katanya lagi.

BERITA TRENDING: Bad Indigo Jelas Punca Cerai Bukan Sebab Bekas Isteri Tidak Mahu Menjaga Dirinya Yang Sedang Sakit

Bad dan Ashira mendirikan rumah tangga pada pada 11 Mac 2021 selepas jatuh cinta ketika sama-sama menyertai program Gegar Vaganza musim ketujuh.
Bagaimanapun mereka mengumumkan perceraian pada Jun 2022.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Majikan Bad Indigo Kongsi Detik-Detik Terakhir Arwah - “Kami Panggil & Tepuk Pipinya, Tapi…”

gempak
29/10/2023
02:50 MYT
Majikan jadi saksi
Laman Utama

Bad Indigo Enggan Buat Rawatan Jantung Sebab Simpan Duit Untuk Anak-Anak

gempak
27/10/2023
09:50 MYT
Bad Indigo mahu simpan duit demi anak-anak
Laman Utama

Jenazah Allahyarham Bad Indigo Selamat Dikebumikan

gempak
27/10/2023
07:13 MYT
Alhamdulillah...
Laman Utama

Ashira Terkejut, Masih Menggigil Dengar Berita Bad Indigo Meninggal Dunia

gempak
26/10/2023
13:27 MYT
Ashira masih terkejut dengan berita pemergian Bad
Gegar Vaganza All Star

Al-Fatihah… Bad Indigo Meninggal Dunia

gempak
26/10/2023
12:54 MYT
Al-Fatihah...