HIBURAN
Asfan Shah Terkilan Netizen Kecam Lagu Raya Sebelum Dilancarkan - “Bahasa Kesat Ini Tak Seronok Didengari Terutamanya…”
Baru sahaja melancarkan klip pendek lagu raya berjudul ‘Havoc’, penyanyi Asfan Shah sudah menerima pelbagai kata-kata kesat dan kecaman.
Netizen kecam
Mengakui berasa kecewa melihat komen negatif itu, Asfan berharap netizen berfikiran positif dan tidak menilai daripada perkongsian klip pendek saja.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Dulu Solat Tarawih Pun Kelaut” - Asfan Belajar Perbaiki Diri, Dalami Ilmu Agama
ARTIKEL BERKAITAN: Bangga Lagu Menang Di Kanada, Asfan Shah & Kmy Kmo Dedah Cabarannya!
ARTIKEL BERKAITAN: Asfan Tidak Kisah Digelar Penyanyi Runut Bunyi Drama
“Sebenarnya lagu tu belum keluar lagu cuma teaser saja, lagu tu saya yang tulis dan menyanyi bersama Black Hanifah serta beberapa influencer yang lain.
“Yang cakap tak lagu tu tak sedap saya okay saja tapi ada yang maki hamun saya dan kecewa sikit sebab kenapa mereka (netizen) perlu keluar ayat kasar macam tu.
“Ayat-ayat kesat ni tak seronok didengari terutamanya dalam bulan Ramadan ni kan, mereka pertikaikan maksud lagu tu tapi tak tahu maksud perkataan Havoc tu, anggap maksudnya malapetaka,” kata Asfan.
Isu baju
Bagaimanapun, pemilik nama Norasfan Shah Rudin, 40, berkata dia pernah kena kecam lagi teruk ketika isu dia memakai baju yang kelihatan lambang mata.
“Saya pernah kena lagi teruk, masa kes saya pakai baju lambang mata. Saya tengah jalan dekat Pavilion, orang maki hamun, orang ludah, ada yang hantar emel kata nak bunuh la.
“Saya sampai buat laporan polis dan ambil peguam untuk selesaikan kes itu. Itu paling teruk sebab saya memang stres. Orang cakap saya macam-macam. Tapi saya belajar daripada kesilapan saya sendiri.
“Untuk lebih menjadi orang yang sensitif. Yang pelik, ada orang dah tahu buat salah dan benda itu sensitif tapi dia buat lagi. Doakan saya tidak menjadi seperti orang itu,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Ramadan ini Asfan akan memperlahankan karier seninya bagi memberikan fokus buat keluarga serta ibadah dalam bulan Ramadan serta sibuk berniaga bersama influencer Ai Sulong di bazar Ramadan di Shah Alam, Kampung Bharu dan Seremban.
Must-Watch Video