,
Hiburan

“Asad Motawh Ke Zayn Malik Ni?” Muat Naik Video Cium Bersama Faliq, Adik Neelofa Curi Perhatian Netizen

Azwa Rahman
15/07/2019
08:59 MYT
Gara-gara pelakon dan pengacara Neelofa memuat naik sebuah video bersama adik lelakinya minggu lalu, remaja tersebut kembali tular di sosial media.
Menerusi video berdurasi kurang 10 saat yang dimuat naik menerusi Insta Storynya dan kemudian turut dikongsi di Instagram Meletop, adik Neelofa yang dikenali sebagai Faliq mencuri perhatian kerana wajahnya yang mirip selebriti.
Faliq atau nama sebenarnya, Mohamed Faliq, 13, dilihat mencium dahi kakaknya sebelum tersenyum sambil tersipu malu.
Rata-rata netizen memuji wajah kacaknya hingga menyamakan Faliq saling tak tumpah seperti bekas ahli kumpulan One Direction, Zayn Malik dan juga penyanyi remaja Asad Motawh.
Menjengah ke ruangan Instagram Faliq, ramai netizen meninggalkan komen pujian biarpun kali terakhir remaja tersebut memuat naik foto terbarunya adalah pada 5 Jun yang lalu.
“Mati-mati aku ingatkan Asad Motawh cium Neelofa. Baru nak membawang. Huhh!” tulis seorang netizen di ruangan komen.
“Aku setiap saat gaduh dengan adik aku, memang taklah nak baik macam ni,” komen seorang netizen tentang hubungan baik Neelofa dan adiknya. “Cantiknyaaaa mata dia!” puji seorang netizen.
“Suka tengok. Sebab dari dulu saya teringin nak ada adik lelaki. Sampai berangan kalau ada adik lelaki, saya akan beli apa yang dia nak. So, siapa yang ada adik lelaki tu jagalah elok-elok,” tulis seorang netizen lagi.
Terdahulu, anak lelaki bongsu ini terlebih dahulu mencuri perhatian netizen kerana wajah comel dan bulu matanya yang lebat.
Video di Instagram Meletop itu sehingga kini telah menerima hampir 300,000 tontonan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Berhutang Sebanyak RM25,000, Pereka Fesyen Popular Tanah Air Dikejar Ah Long?

gempak
27/08/2024
13:55 MYT
Gara-gara hutang, seorang pereka fesyen popular tempatan  berdepan detik cemas apabila dipercayai telah menjadi mangsa peras ugut sekumpulan Ah Long.
Hiburan

Penyanyi Kacak Dari Brunei, Rizal Rasid Tampil Dengan Lagu Rancak, Cerita Tentang Tarikh Luput Dalam Relationship

gempak
10/08/2024
15:00 MYT
Baru sahaja pulang dari membuat persembahan di acara ASEAN-Korea Music Festival 2024 (Round Festival) yang bertempat di Busan, Korea Selatan, penyanyi kacak asal Brunei, Rizal Rasid kembali dengan single pop rancak terbaharu berjudul ‘Tarikh Luput’.
Hiburan

Kaya & Popular, Nikita Willy Tidak Pandai Menyapu

gempak
06/06/2024
15:50 MYT
Sepotong video yang dimuatnaik dalam platform YouTube milik pelakon, penyanyi dan hos Nikita Willy baru-baru ini menjadi bualan peminat.
Hiburan

Bukan Hanya Dirinya, Hos Elly Sugigi Dakwa Ramai Artis Popular Pakai Susuk

gempak
26/05/2024
14:56 MYT
Hos Elly Sugigi tanpa berselindung mengaku memasang susuk pada dirinya sebagai salah satu cara menjadi ‘pemikat’ dalam dunia hiburan Indonesia.
Hiburan

"Aku Dah Popular Pun Sebelum Dia Popular" - Kelly Azman Nafi Tumpang Glamor Aizat Saha

gempak
31/03/2024
09:55 MYT
Selebriti versatil Kelly Azman menafikan tuduhan segelintir warganet bahawa dirinya cuba menumpang populariti pempengaruh Aizat Saha.