,
Berita

"Arwah Dalam Perjalanan Hantar Makanan Ke Rumah Pelanggan" - Sepupu Eira Syazira Kerja Runner Meninggal Dunia Sehari Sebelum Ramadan

Amri Hassan
24/04/2020
06:27 MYT
Sepupu kepada pelakon Eira Syazira yang bekerja sebagai penghantar makanan meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada Khamis.
Berkongsi perasaan duka atas pemergian ahli keluarganya itu kata Eira, sepupunya yang bernama Muhammad Fakrulrozi meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mohon saudara-saudaraku, sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Muhammad Fakrulrozi.
"Arwah ketika itu dalam perjalanan menghantar makanan ke rumah customer. Meninggal dunia di tempat kejadian ketika bekerja. Allahu Akbar!!!
"Pergi di usia muda 21 tahun. Hidup ini singkat," tulis Eira di akaun Instagramnya pada Jumaat.
Terdahulu, abang mangsa, Al Hakiem Fauzi berkongsi khabar terbabit menerusi Facebooknya.
"Adik kesayangan kami telah menghembuskan nafas terakhir tengah hari semalam sehari sebelum Ramadan.
"Arwah terlibat dalam kemalangan jalan raya di kawasan Jasin, Melaka semasa menghantar pesanan pelanggan.
"Sama-sama doakan arwah adik saya ditempatkan dalam kalagan hambaNya yang beriman," tulisnya.
Bersimpati dengan nasib yang menimpa frontliner muda itu, warganet membanjiri entri Eira berkongsi ucapan takziah dan doa buat Fakrulrozi.
Al-fatihah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Azad Jasmin Pernah Berselisih Faham Dengan Isteri Gara-Gara ...

gempak
23/08/2023
08:50 MYT
Sedangkan lidah lagi tergigit.
Laman Utama

"Umrah Pertama Kami Suami Isteri..." - Eira Syazira & Pak Azad Mohon Maaf Sebelum Berangkat Ke Tanah Suci

gempak
19/12/2021
06:51 MYT
Pasangan selebriti, Azad Jasmin dan Eira Syazira telah berangkat ke Tanah Suci di Arab Saudi bagi menjalani ibadah umrah.
Laman Utama

“Adik Ipar Pak Azad Rupanya…Suara Macam Anuar Zain Lah…Fuh!” - Ramai Suka Lagu Sang Purnama Syazwan Shuhaimi

gempak
16/08/2021
10:28 MYT
Suara best, lagu pun best...
gaya hidup

Beratur Pun Boleh ‘Buat Duit’? Tak Mustahil, Asalkan Niat Bekerja Ikhlas Mencari REZEKI Halal.

gempak
10/03/2021
06:24 MYT
Apa saja cara boleh dilakukan demi mencari sesuap nasi. Tambahan pula dalam waktu sukar sekarang ini. Selagi ia halal, tiada alasan untuk memilih kerja atau duduk bermalasan dirumah.
Laman Utama

Azad Jasmin Teringin Menikah Lagi, Eira Syazira Izinkan

gempak
22/09/2020
01:28 MYT
Pelakon Azad Jasmin mendedahkan isterinya aktres Eira Syazira memberi kebenaran kepadanya untuk bernikah lagi.