,
Laman Utama

Artis Lelaki Pernah Hancurkan Hati Hairul Azreen - “Saya Ingat Sampai Hari Ini”

Asyikin Mayudin
03/09/2023
11:54 MYT
Pelakon Hairul Azreen berkongsi pengalaman dia pernah bekerja menjadi jurujual jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum bergelar selebriti.
Hairul berkata dia sering terserempak dengan artis seperti Apek Senario dan Datuk Afdlin Shauki yang dikerumun peminat dan sejak itu mula berazam mahu menadi selebriti.
“Saya kerja jual jam di KLIA, masa saya kerja domestik kan… saya nampak artis lalu nak pergi Langkawi. Saya nampak Apek Senario, nampak Afdlin Shauki.
“Jadi saya macam ‘uish bestnya jadi artis, semua orang pandang’. Kalau jadi artis ini kan best kalau kata orang ambil gambar aku... itu saya dah mula minat tapi saya tahu saya tak layak.
“Sebab saya tahu saya tak boleh menyanyi, kalau macam artis yang saya tahu, satu benda menyanyi,” katanya ketika menjadi tetamu di podcast aktres Amelia Henderson.
Dalam pada itu, Hairul turut mengimbau kejadian yang memalukan apabila ditolak seorang artis ketika ingin bergambar buat kali kedua dan insiden itu turut membuatkan hatinya hancur.
“Ketika itu juga satu kejadian yang menimpa saya yang saya ingat sampai hari ini. Ada satu artis ini, masa itu saya pakai handphone 6600. Jadi, saya jumpa artis ini, saya cakap ‘bang nak ambil gambar’.
“Dia panggil, duduk sebelah dia. Lepas itu, tahu tak handphone itu kalau ambil gambar kena tunggu tiga saat baru dia klik. Orang yang ambil gambar ini pun ngok juga.
“Dia ambil, dia tekan, dia letak tepi. Jadi gambar itu macam blur la. Jadi saya minta dekat artis itu untuk sekali boleh tak… dia tolak saya. Ini cerita betul.
“Dia tolak saya, dan hati saya yang minat dia macam ‘kau la idolah aku’ hancur. Perasaan saya masa itu, ‘kalau aku jadi artis, siapa nak ambil gambar dengan aku, aku takkan tolak sebab kau’,” kongsinya.
Enggan menyebut nama artis tersebut, Hairul turut mendedahkan individu itu kini mencuba untuk berbuat baik kepadanya.
BACA SINI: Hairul Azreen Umum Bersara Jadi Pelakon, Malbatt: Misi Bakara Filem Terakhir!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tiz Zaqyah Bengang Ada Individu Backup Abang Bas, Kongsi Pengalaman Rakan Sendiri Kena Gangguan Seksual

gempak
08/09/2024
06:55 MYT
Pelakon Tiz Zaqyah membidas tindakan sesetengah warganet yang bertindak mempertahankan isu Abang Bas yang tular baru-baru ini.
Hiburan

Akui Sukar Istiqamah, Nora Danish Syukur Rakan-Rakan Banyak Bantu Proses Hijrah - “Kena Tanam Sifat Ingin Berubah Walaupun Belum Sampai Masanya”

gempak
04/09/2024
06:55 MYT
Aktres jelita, Nora Danish mengakui proses istiqamah menjadi ujian sebenar pada setiap individu kerana ia berbeza-beza.
Hiburan

Zarina Anjoulie Gembira Pembedahan Hidung Berjaya, Rasa Lebih Yakin Depan Kamera

gempak
01/09/2024
05:52 MYT
Pelakon sensasi Zarina Anjoulie menzahirkan rasa gembira apabila proses pembedahan hidung yang dilakukan berjalan dengan lancar.
Hiburan

Bimbang Dengan Kes Jenayah, Erra Fazira Pantau Aktiviti Anak Perempuan - "Saya Tidak Mengongkong Anak"

gempak
29/08/2024
11:55 MYT
Susulan kes jenayah yang semakin membimbangkan, aktres jelita, Erra Fazira menzahirkan rasa risau terhadap keselamatan anak perempuannya, Engku Aleesya.
Hiburan

Dedah Diri 'Buat Muka', Zarina Anjoulie Minta Orang Ramai Doakan Fatiya Latiff - "Doa Yang Baik-Baik"

gempak
21/08/2024
12:25 MYT
Pelakon, Fatiya Latiff baru-baru ini mengakui bahawa dirinya ada membuat prosedur kecantikan pada bahagian wajah kerana faktor usia yang semakin meningkat.