,
Laman Utama

Artis Legenda & BBNU Singapura Bergabung Bikin Album Raya #KembaliBersama - "Lebaran Kali Ini Rasa Lebih Bermakna"

Amri Hassan
22/04/2022
07:10 MYT
Dua tahun tidak dapat beraya seperti kebiasaan sebenarnya memberikan pengalaman baharu buat penyanyi A Romzi. Jika selama ini lebaran yang dilalui begitu meriah, sudah dua kali dia sepi tanpa sebarang sambutan seperti kebiasaan.
Dedah A Romzi, dia masih terkenangkan pengalaman yang dilalui apabila perintah kawalan diperketatkan dan kebanyakan umat Islam tidak dapat kunjung mengunjung seperti kebiasaan.
"Kami terpaksa membataskan pergerakan akibat takut dijangkiti dan sebagainya. Semua orang perlu berjaga-jaga memandangkan suasana tersebut tidak pernah dilalui oleh kebanyakan orang.
"Tapi Alhamdulillah, semuanya sudah kembali asal dan kebanyakan negara pun sudah mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik. Sudah tentu lebaran kali ini lebih bermakna," kata A Romzi.
Berpangkalan di Singapura sejak sekian lama, penyanyi era pop yeh-yeh ini gembira apabila dapat kembali bersatu dengan keluarga selain mahu kunjung mengunjung seperti kebiasaan.
Malah, sudah merancang pelbagai agenda menjelang Aidilfitri kali ini termasuklah merakamkan semula lagu raya bagi menyemarakkan lagi sambutan Aidilfitri.
"Memang ramai dalam kalangan kita sudah berbincang dan merancang untuk mengenakan pakaian sedondon sekali kunjung merapatkan semula hubungan dengan kunjung mengunjung.
"Begitu juga dengan saya yang sudah merancang beberapa aktiviti. Tapi paling mengujakan sudah pasti menantikan sambutan peminat terhadap lagu Musafir Di Aidilfitri yang saya nyanyikan semula," kata A Romzi lagi.
Menariknya, lagu yang termuat di dalam album Raya #KembaliBersama turut disertai oleh beberapa penyanyi baharu dan lama dari Singapura.
Bagi Mahani pula, dia gembira apabila dapat menyumbang suara untuk album raya kali ini apatah dapat berkolaborasi dengan golongan muda.
"Saya gembira dapat terlibat sama dalam pembikinan album ini bersama barisan artis hebat yang lain. Kalau lagu ini diterima, ia pasti memberikan keterujaan buat saya.
"Harapnya peminat masih sudi mendengar dan terus menyokong kami," kata penyanyi popular era 80-an ini lagi.
9 lagu
Mereka bergabung suara, menyanyikan semula lagu lama dan baharu demi meraikan Aidilfitri kali ini dengan satu semangat meraikan kemenangan.
Menerusi album ini, sembilan buah lagu termuat termasuklah empat daripadanya merupakan lagu lama yang mendapat sentuhan Sha’aban Yahya sebagai penerbit album.
Antara penyanyi yang terlibat terdiri daripada Daniel Baharin & Zalelo menerusi lagu Hari Raya; Effie Ismail & Farisha Ishak (Kemenangan Hari Raya) dan Mahani Mohd (Pesanan Lebaran).
Turut terlibat Ulan & 7RiiiQa (dk Sendu Aidilfitri); Arif Samsudin (Raya Merubah); Syaz Smooth & Putri Emily (Syukur Raya); Ahmad Stokin (Hari Raya Bukan Lebaran) dan Musafir Di Aidilfitri (A Romzi).
Reaksi artis BBNU
Sementara itu, tambah Syaz, dia gembira apabila dapat terlibat sama dalam album ini terutama apabila bekerjasama dengan Sha’aban yang merupakan antara individu yang dihormati di sana.
"Apabila melalui proses rakaman dengan orang yang berpengalaman sebenarnya memberikan pengalaman baharu buat saya. Bukan mudah mahu dapat peluang sebegini.
"Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar dan saya tak sabar nak menantikan maklum balas daripada pendengar pula," katanya.
Hal yang sama diluahkan oleh Danial yang menganggap ini merupakan penghormatan buat dirinya apabila diberikan peluang terlibat sama dalam album Raya #KembaliBersama.
Jelasnya, sikap positif yang ditunjukkan oleh semua pihak semasa proses rakaman berlangsung membuatkan dia gembira dan dapat menimba ilmu baharu dalam bidang ramakan suara.
"Banyak ilmu baharu dicurahkan oleh Sha’aban terutamanya cara untuk mengelakkan tekanan semasa proses rakaman dan sebagainya," kata Danial lagi.
Bagi Putri Emily pula, dia bertuah kerana dapat merakamkan lagu baharu bersama Shaz yang juga merupakan rakan seangkatan dengannya.
Melodi yang sedap dengar ditambah dengan irama yang moden membuatkan dia jatuh hati dengan lagu Syukur Raya yang juga merupakan lagu duet bersama Syaz.
"Apa yang paling menarik sudah tentu dapat merakamkan suara di studio Yama Jive, antara studio terbaik yang ada di Singapura. Ini pengalaman berharga," katanya.
Sebagai info, album Raya #KembaliBersama merupakan terbitan Yama Jive Production dan sudah boleh didengar disemua platform digital.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hiburan

Jom Geng Singapura, Bergelak Tawa Dengan Sepahtu Reunion Live 30 November Nanti! - "Ada Cameo Anna Jobling & Maria Farida"

gempak
21/11/2024
11:56 MYT
Setelah kejayaan luar biasa Sepahtu Reunion Live di Malaysia, penganjur utama Eventify Pte Ltd kini berbesar hati membawa gelombang komedi Malaysia ke Singapura!
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hiburan

Aset Pasha Ungu Didedahkan, Ada 17 Kenderaan Sampai 8 Bangunan

gempak
20/11/2024
12:55 MYT
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha diketahui kembali berkhidmat kepada negara apabila dilantik sebagai anggota anggota DPR RI 2024-2029 dan bertugas di Komisi VIII.
Unitar