HIBURAN
“Artis & Influencer Ini Make Up Diorang Tak Solat Ke? Hmm Ada Lagi Soalan Macam Ini” - Zulin Aziz
Pelakon Zulin Aziz memberitahu sehingga kini masih lagi ada yang bertanya mengenai bagaiman artis dan pempengaruh wanita yang sudah bersolek tunaikan solat.
Ambil wuduk
Menerusi platform Threads, Zulin berkata dia akan mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum mengenakan solekan dan akan bersolek semula jika terbatal.
“Artis/influencer ni make up dorang tak solat ke? Hmmm ada lagi soalan macam ini. Sebelum make up, kami berwuduk dulu.
“Kalau wuduk terbatal, kita make up semula. Macam itulah kat set,” kongsi Zulin.
Boleh dirancang
Pada perkongsian yang sama, Zulin turut berkongsi penggunaan alat solek lebih mudah dirancang sekiranya menghadiri sebuah majlis atau acara.
ARTIKEL BERKAITAN: "Rehatlah Dulu Dik Dari Media Sosial, Pi Healing Mana-Mana" - Zulin Aziz Titip Pesan Buat Kieda Crepe
Namun seseorang itu perlulah berfikiran positif apabila melihat wanita yang mengenakan solekan seharian berkemungkinan sedang dalam keadaan uzur atau datang bulan.
“Waktu rehat makan tengahari, minum petang, makan malam, masa tu la make up semula. Kalau event lagi mudah la nak rancang.
“Tapi kalau nampak dia make up 24 jam tu… husnuzan la. Dia tengah cuti lh tu. Simple kan,” kata Zulin lagi.
Must-Watch Video