HIBURAN
“Apapun Dia Buat, Dia Tetap …” - Amir RL Kagumi Shuk Sahar, Simpan Hasrat Lebarkan Bisnes Air Ke Level Antarabangsa
Pelawak dan usahawan, Amir tampil mempertahankan rakan seperjuangan, Shuk Sahar yang sebelum ini terpalit dengan kontroversi rumah tangganya.
Menerusi hantaran di Facebook, dia itu menyifatkan Shuk adalah seorang pelawak yang luar biasa kerana kepantasan dia berfikir dan kemampuan menghasilkan lawak yang tidak stereotaip.
Amir turut mengimbau kembali kenangan bersama pelawak itu ketika berada dalam rancangan SuperSpontan yang dia tidak mungkin dilupakan.
“Untuk artis lawak yang spontan, saya lebih meminati Shuk sebab otak dia memang laju dan pelbagai. Tak stereotaip.
“Kalau korang ingat dalam #SuperSpontan dulu saya pernah tanya Altimet pakai pencuci muka apa tu kan? Soalan tu saya mintak dari Shuk la nak tanya apa dekat Altimet,” kongsinya.
Dalam masa sama, Amir turut menyentuh mengenai isu peribadi yang pernah melanda rakannya itu.
Tanpa mengulas lanjut, dia juga menegaskan setiap orang mempunyai kisah hidup tersendiri dan setiap orang juga mempunyai pandangan yang berbeza tentang cari hidup orang lain.
“Kalau nak sebut pasal kisah Shuk, kita semua ada kisah masing-masing. Cuma Allah tutup aib kita. Kadang-kadang kita rasa kita baik, tapi itu cuma dari penceritaan kita sendiri. Dari mulut orang lain, belum tentu,” jelasnya.
Walaupun Shuk pernah berdepan pelbagai ujian hidup, Amir tetap menghormatinya sebagai rakan seperjuangan yang hebat dalam industri lawak tanah air.
“Apa pun buat Shuk, Raja tetap raja, dengan atau tanpa permaisuri,” katanya.
Melihat kejayaan pernigaan rakannya itu di Singapura, Amir menyatakan hasratnya untuk untuk melangkah ke pasaran antarabangsa.
Amir juga mencadangkan produk minuman Air Jagung Amirreka yang membawa identitinya sendiri sebagai pilihan untuk diketengahkan di negara jiran itu.
Sekadar info, pelawak itu sibuk menguruskan restoran ayam goreng miliknya, AP Fried Chicken yang terletak di medan selera Stadium Kota Bharu, Kelantan.
BERITA BERKAITAN: Rakan Dedah Syuk Sahar Sanggup Kerja Lebih Masa, Cari Nafkah Untuk Keluarga - “Kami Nampak Kesusahan Dia…”
BERITA BERKAITAN: Shuk Sahar Lafaz Cerai Melalui Telefon Dari Thailand, Fara Salleh: “Dasar Pengecut, Saya Bukan Sampah”
BERITA BERKAITAN: Beraya Solo Tanpa Shuk Sahar & Beri Bayangan Bakal Jadi 'Single Mother', Fara Salleh Akur Netizen Anggap Kifarah - “Nak Fokus Pada Baby Sebab…”
BERITA BERKAITAN: Fara Salleh Dakwa Shuk Sahar Tidak Bantu Urus Persiapan Cahaya Mata, Lebih Sibuk Buat Konten Sampah - “Shuk Hanya Bagi S*erma…”
Must-Watch Video