,
Terkini

Apakah Itu Akaun Fleksibel? Ini Fakta & Cara Pengiraan Akaun Baharu Ahli KWSP

Gempak
28/04/2024
11:55 MYT

Baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP yang bakal berkuat kuasa pada 11 Mei, bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.

Akaun ahli akan distruktur semula daripada dua akaun, iaitu Akaun 1 dan Akaun 2 kepada tiga akaun.

Akaun Persaraan (75 peratus) untuk mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan, Akaun Sejahtera (15 peratus) untuk menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan dan Akaun Fleksibel (10 peratus) sebagai akaun baharu untuk menyediakan fleksibiliti keperluan kewangan jangka pendek. Simpanan dalam akaun ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli.

Apakah Akaun 3 KWSP (Akaun Fleksibel)?

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu terdiri daripada 10 peratus jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli.

Simpanan Akaun Fleksibel boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP. Namun, KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan terdesak sahaja.
Penstrukturan semula akaun KWSP telah dilaksanakan bagi tujuan memperkukuh jaminan pendapatan persaraan dan memenuhi keperluan kitaran hayat ahli.
Penstrukturan semula akaun KWSP yang melibatkan perubahan daripada dua akaun kepada tiga akaun seperti berikut:
  • Akaun sedia ada dinamakan semula daripada Akaun 1 kepada 'Akaun Persaraan'

  • Akaun 2 pula dinamakan 'Akaun Sejahtera' tanpa perubahan pada tujuan di kedua-dua akaun tersebut

  • Memperkenalkan satu akaun baharu iaitu Akaun ke-3 iaitu 'Akaun Fleksibel'

  • Simpanan dalam Akaun Fleksibel boleh diakses atau dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa mengikut keperluan, tertakluk kepada terma dan syarat.

  • Caruman baharu yang diterima selepas tarikh kuat kuasa akan dikreditkan ke dalam akaun mengikut nisbah 75:15:10 iaitu Akaun 1 Persaraan (75 peratus), Akaun 2 Sejahtera (15 peratus) dan Akaun 3 Fleksibel (10 peratus).

Tujuan Penstrukturan Semula Akaun KWSP

Penstrukturan semula akaun ini dibuat bertujuan untuk:

  • Meningkatkan kecukupan simpanan untuk menjamin pendapatan persaraan yang bermakna untuk ahli

  • Mengimbangi keperluan jangka masa pendek, sederhana dan panjang selaras dengan keperluan kitaran hidup dan jangka hayat ahli

  • Membangunkan Skim KWSP yang relevan dengan perubahan lanskap pekerjaan, perubahan demografi dan keperluan ahli di masa kini dan masa hadapan

  • Memenuhi keperluan kewangan jangka pendek yang boleh menjejaskan kesejahteraan semasa persaraan sekiranya tidak dipenuhi.

Pengeluaran Akaun Fleksibel

Ahli boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa, tertakluk kepada amaun minimum pengeluaran sebanyak RM50.

Permohonan bagi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel boleh dibuat secara dalam talian melalui KWSP i-Akaun atau di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.
Ahli yang masih belum mendaftar KWSP i-Akaun adalah digalakkan untuk melakukannya bagi membolehkan transaksi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel dapat dilaksanakan.
Syarat-syarat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel adalah seperti berikut:
  • Semua ahli KWSP Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara Malaysia

  • Belum mencapai umur 55 tahun

  • Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel; dan

  • Had amaun pengeluaran minimum yang ditetapkan adalah RM50

Akaun 55 dan Akaun Emas

Seperti amalan sediakala, kesemua simpanan dalam Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel ahli yang telah mencapai umur 55 tahun akan disatukan ke dalam Akaun 55.

Caruman baharu yang diterima oleh ahli mulai umur 55 tahun akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas.

Ahli boleh mengakses sistem sepenuhnya pada 12 Mei 2024.

Tarikh Pelaksanaan

Pelaksanaan penstrukturan 3 akaun KWSP ini akan bermula pada 11 Mei 2024.

Penstrukturan semula akaun KWSP terpakai kepada semua Ahli KWSP termasuk bukan warganegara Malaysia yang belum mencapai umur 55 tahun pada 11 Mei 2024.

Contoh Pengiraan, Pelaksanaan Pemindahan Ke Akaun 3

Rajah berikutnya merupakan senario pindahan dari akaun Sejahtera ke akaun Persaraan & Fleksibel untuk yang ada baki kurang RM3,000 dalam akaun Sejahtera
Sumber: eCentral

ARTIKEL BERKAITAN: Individu Ini Kongsi Tips Simpan RM1 Juta Di KWSP Sebelum Cecah Usia 50 – “Semua Orang Boleh Buat”

ARTIKEL BERKAITAN: Zahid Hamidi Sahkan Tiada Lagi Pencen Untuk Penjawat Awam Baharu Tapi Perlu Carum KWSP

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

"5 Sebab Duit KWSP Cepat Habis" - Pakar

gempak
05/06/2024
07:53 MYT
Menyelesaikan hutang pinjaman dan membiayai kos perubatan merupakan antara faktor duit simpanan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang sepatutnya digunakan untuk membiayai kehidupan selepas bersara habis dalam tempoh singkat.
Gaya Hidup

Begini Cara Untuk Pindahkan Wang Ke Akaun 3 KWSP

gempak
13/05/2024
11:55 MYT
KWSP berkongsi sepotong video tutorial yang dapat memberikan gambaran yang lebih jelas menerusi sembilan langkah mudah.
Viral

Individu Ini Kongsi Tips Simpan RM1 Juta Di KWSP Sebelum Cecah Usia 50 – “Semua Orang Boleh Buat”

gempak
06/03/2024
08:55 MYT
Berguna tips ni!
Berita

Zahid Hamidi Sahkan Tiada Lagi Pencen Untuk Penjawat Awam Baharu Tapi Perlu Carum KWSP

gempak
25/01/2024
08:29 MYT
Zahid Hamidi Sahkan Tiada Lagi Pencen Untuk Penjawat Awam Baharu
Viral

Tiada Caruman KWSP, Tiada Socso & Bayar Gaji Cash, Iklan Cari Pemandu Peribadi Ini Dikecam Netizen - "Jumpa Majikan Macam Ni..."

gempak
23/01/2024
02:55 MYT
Menerusi iklan tersebut, difahamkan bakal majikan hanya membayar gaji secara tunai, selain tidak mempunyai caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan juga Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)