HIBURAN
“Apa Yang Saya Lihat Adalah Bahagia Seorang Abang Bersama Teman Hidupnya” - PU Riz
Pendakwah selebriti, Haris Ismail mengucapkan rasa syukur dan gembira buat abangnya, Dr. Mohd. Fakhrudin Amir yang telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan penyanyi, Aisyah Aziz pada Sabtu.
Bahagia seorang abang jelas terpancar
Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz membuat titipan istimewa itu menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.Menurut Haris, menerusi perkahwinan itu, jelas terpancar sinar bahagia seorang abang bersama teman hidupnya.
“Adik panjatkan doa selamanya Allah lahirkan mawaddah, rahmah dalam percintaan hubungan rumah tangga kalian,” tulisnya.“Bahagia selamanya untuk abang saya, Dr. Amir dan Aisyah Aziz.“Dari waktu akad dilafazkan sehinggalah saat kepulangan kami sekeluarga ke Malaysia, apa yang sempat saya lihat adalah bahagia seorang abang bersama teman hidupnya.“Semoga tuhan menjadikan perasaan ini sebagai tajuk hidup kalian berdua, insya-Allah.
ARTIKEL BERKAITAN:Neelofa Syukur Dapat Raikan Cinta Aisyah Aziz & Abang Ipar Di Singapura - “Sangat Gembira Alhamdulillah”
ARTIKEL BERKAITAN:Syukur Sambut Menantu Baharu, Ibu Aisyah Aziz Titip Doa Buat Puteri Tersayang - “Walau Akan Berada Jauh Di Mata…”
ARTIKEL BERKAITAN:Aisyah Aziz Mengaku Panas Bila Pakai Tudung - “Kadang-Kadang Saya Marah…”
ARTIKEL BERKAITAN:Kugiran Masdo Gembira Dengan Penghijrahan Aisyah Aziz - “Dah Boleh Nampak Dia Perlahan-Lahan Berubah”
ARTIKEL BERKAITAN:Peminat Samakan Suara Aisyah Aziz Persis ‘Modern Saloma’
Sentiasa kagumi abang
Dalam pada itu, Haris berkata, dia amat mengagumi sikap abangnya sejak kecil dan sering menjadikan contoh untuk sentiasa melakukan kebaikan.“Seperti Bilal selalu ucapkan dikala dipeluk dan digomol ‘I love you to the moon and back’, kini adik guna terma yang sama pada kalian berdua,” coretnya.“Kepada abang kesayangan saya, dari kecil sebenarnya adik mengagumi abang Amir dalam diam. “Dari pencapaian akademik sehinggalah contoh mahmudah yang telah ditampilkan.“Abang Amir orang yang hebat, apatah lagi sekarang sudahpun dikurniakan seorang isteri yang masya-Allah jua sopan santun, budi pekertinya.
Terdahulu, pada Jumaat, Dr. Mohd. Fakhrudin Amin selamat bernikah dengan Aisyah yang juga merupakan adik kepada penyanyi, Aliff Aziz dalam sebuah majlis tertutup di Singapura.
Must-Watch Video