gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Restoran Guna Air Penyaman Udara Rendam Bahan Masakan
BERITA
Syarikat Homestay Bayar RM70,000 Ganti Rugi Kepada Astro Gara-Gara Penstriman Haram
HIBURAN
Harissa Adlynn Nafi Diri Mudah Perasan, Anggap Fitnah Semata-Mata - “Kalau Ada Yang Cuba Rapat Sekalipun…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Apa Saja Hal Anak, Jangan Ambil Sambil Lewa” – Amyra Rosli Pesan Ibu Bapa Peka Isu Buli

Umirah Halim
Umirah Halim
07/08/2025
20:55 MYT
Sponsor Banner
“Apa Saja Hal Anak, Jangan Ambil Sambil Lewa” – Amyra Rosli Pesan Ibu Bapa Peka Isu Buli
Pelakon dan pengacara, Amyra Rosli meluahkan rasa bimbang terhadap kes buli yang semakin membimbangkandalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia.
Menurut Amyra, 33, walaupun dua anaknya tidak pernah terlibat dengan sebarang insiden buli, namun perkara itu tetap menjadi kerisauan sebagai ibu.
“Setakat ini anak-anak saya tidak pernah diancam dengan perkara sebegitu dan saya bersyukur.
“Anak-anak saya introvert, jadi mungkin tidak ada sebab untuk tercetusnya buli di sekolah.
“Memang ada rasa takut untuk melepaskan anak ke sekolah, tetapi bukan semata-mata kerana kes buli,” katanya.
Amyra berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Wajah Baharu Butik Amber di Wangsa Walk, baru-baru ini.
Jelas Amyra, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dengan mendidik anak tentang bahaya buli dan memberi panduan sekiranya menjadi mangsa.
“Kita perlu pesan pada anak-anak jangan membuli dan jika mereka dibuli, maklumkan kepada guru dan juga ibu bapa.
“Tak kisahlah anak kita sekolah di mana pun, kes buli tetap ada. Kita kena selalu pantau dan berkomunikasi dengan guru.
“Saya sendiri sering berbual dengan guru dan tanya keadaan anak, terutama kalau saya lihat anak tiba-tiba jadi pendiam,” ujarnya.
Pelakon drama Nur itu turut menasihatkan ibu bapa agar tidak mengambil mudah jika berlaku sebarang perubahan pada anak.
“Apa sahaja hal anak, jangan ambil sambil lewa. Inilah masa untuk kita ‘pegang’ dia.
“Kalau tidak, nanti anak akan bergantung kepada kawan-kawan mereka pula,” jelasnya.
Dalam pada itu, Amyra turut memberitahu dia sangat tegas dalam mengawal penggunaan gajet anak-anak kerana risau mereka terdedah kepada kandungan tidak sesuai.
“Dari segi gajet pun saya pantau juga sebab ada kandungan yang membahayakan dan tidak sepatutnya mereka tonton.
“Saya hadkan hanya sejam sehari selepas sekolah. Saya faham mereka penat belajar, jadi gajet itu beri hiburan sekejap selain bermain di luar rumah,” katanya.
Tambah Amyra, pihak sekolah juga perlu memainkan peranan dengan memberikan kesedaran serta mendidik pelajar bagaimana untuk melindungi diri.
“Saya sangat sedih bila dengar kes buli. Pihak sekolah kena ajar anak-anak lindungi diri mereka.
“Ibu bapa pula jangan terlalu bergantung kepada guru kerana mereka juga ada komitmen lain,” katanya.
Sekadar info, Amyra berkahwin dengan pelakon Amar Baharin pada 11 November 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak iaitu Aqeef Anaqi, 8, dan Aura Aryssa, 5.
Topic Berkaitan
#Anak
#amyra
#Buli
#Ibu Bapa
#Rosli
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement