,
Laman Utama

“Apa Rasanya Bila Orang Cakap Buruk Pasal Mak Kamu” - Kavita Sidhu Minta Netizen Hormati Norlia Ghani

Amri Hassan
19/01/2021
23:45 MYT
Model dan pelakon Kavita Sidhu meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan ciapan berbaur sindiran pelakon veteran Norlia Ghani.
Mohon Kavita, 49, tidak manis untuk netizen terus berperang di media sosial dan membandingkannya dengan Norlia memandangkan dia menghormati pelakon itu.
BACA: “Kau Umur Baru 30 Dah Macam Norlia Ghani” - Bandingkan Fizikal Kavita Sidhu, Ciapan Pengguna Ini Bawa Padah
"Mulai sekarang, kita perlu bersangka baik antara satu sama lain. Saya rasa kecewa apabila membaca ciapan di Twitter mengenai Norlia Ghani dan saya.
"Tolonglah berhenti merendah-rendahkan orang lain. Hormati beliau sebagai seorang yang lebih senior, bintang filem veteran dan ibu seseorang.
"Berhentilah mengulang ciap dengan menghina wanita lain. Sanggup anda sebagai netizen berkata-kata sesuatu yang menyakitkan hati tentang ibu kamu sendiri, ibu saudara kamu atau rakan kamu?" tulisnya di Instagram.
Malah kata Kavita, Norlia merupakan rakan baik kepada ibunya sendiri sekali gus terguris dengan kata-kata yang ditulis netizen di media sosial.
"Berfikirlah sebelum berbicara. Puan Norlia Ghani adalah rakan baik ibu saya sendiri," nasihatnya lagi.
Terdahulu, nama Norlia Ghani tular di Twitter apabila seorang pengguna berkongsi kecantikan luar biasa Kavita yang kini berusia 49 tahun dengan membandingkan rupa paras dan fizikal orang kebanyakan yang disifatkan seperti pelakon hebat Norlia Ghani.
Tindakan itu mengundang rasa kecewa dan tidak puas hati segelintir netizen dan menganggap ia tidak beradab.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.