,
Hiburan

“Apa Perasaan Anda Peluk Tiz Zaqyah?” – Netizen Serang IG Roberto Carlos

Mya Amri
26/03/2018
14:03 MYT
Gara-gara memeluk pelakon Tiz Zaqyah, bekas pemain bola sepak Brazil, Roberto Carlos diserang netizen.
Pelbagai kata-kata negatif dan kurang sopan diberikan oleh netizen menerusi entri terbaru yang dimuat naik Roberto di akaun Instagram (IG)nya semalam.
Walaupun entri itu tiada kaitan dengan foto peluk tersebut, namun netizen tetap meluahkan rasa tidak puas hati menerusi ruangan komen terhadap foto yang dimuat naik oleh Tiz pada Ahad.
Bagaimanapun disebabkan ruangan komen foto berpelukan yang dimuat naik oleh Tiz itu telah ditutup menyebabkan netizen beralih untuk ‘menyerang’ IG bekas pemain bola sepak berkenaan.
Rata-ratanya meluahkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap tindakan Roberto dan Tiz yang berpelukan dan menganggap perbuatan itu tidak sopan serta keterlaluan.
Dalam pada itu, Tiz juga memuat naik foto terbaru seolah-olah memerli tindakan netizen.
Namun netizen membidas kembali kenyataan pada foto tersebut dengan mengatakan mereka tidaklah mudah untuk dipermainkan sehingga tidak dapat membezakan sama ada foto itu telah disunting atau pun tidak.
Foto: Instagram @tiz.zaqyah / @officialrc3
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.