,
Laman Utama

Anugerah Seri Angkasa 2022: Astro Gempak Berjaya Rangkul Anugerah Drama Pendek Menerusi Youtube Rasmi Terbaik Drama Kampung Malar!

Syafiqah Jalal
30/10/2022
13:49 MYT
Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022) semalam menyaksikan Astro Gempak berjaya merangkul Anugerah Drama Pendek Menerusi Youtube Rasmi Terbaik menerusi Drama Kampung Malar.
Drama pendek yang diarahkan oleh pengarah muda berbakat Ezrie Ghazali itu juga adalah filem pendek yang dihasilkan sempena perayaan Deepavali tahun lalu.
Dengan kemenangan itu Astro Gempak menerima sebuah trofi dan wang tunai bernilai RM5,000 di ASA 2022 malam pertama yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya malam semalam.
Kampung Malar turut menampilkan pelakon utama Catriona Ross.
Selain itu, ASA 2022 turut menyaksikan drama bersiri premium Astro Original, Dukun Diva tayangan Astro Citra dinobatkan Drama Bersiri TV Terbaik.
Sementara Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik dimenangi oleh Hilal Azman dan Nabila Huda dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik.
Bertemakan Kemuncak Kecemerlangan ASA 2022 yang seiring dengan sambutan Jubli Emas, malam tadi telah menyaksikan 38 kategori dipertandingkan termasuk kategori TV dan radio.
Buat julung kalinya juga, ASA 2022 turut memperkenalkan lima kategori Media Baharu iaitu Drama Pendek Menerusi Youtube Rasmi Terbaik, Sketsa Pendek Menerusi Youtube Rasmi Terbaik, Video Klip Hiburan Menerusi Youtube Rasmi Terbaik, Pesanan Khidmat Masyarakat Menerusi Youtube Rasmi Terbaik dan Drama Bersiri Menerusi Youtube Rasmi Terbaik.
ASA yang bakal berlangsung selama dua hari itu akan bersambung esok 30 Oktober 2022 di lokasi yang sama iaitu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.
ASA yang mulai dianjurkan pada tahun 1972 merupakan pengiktirafan Kerajaan dalam memartabatkan penggiat seni dan para karyawan industri kreatif tanah air.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Viral

Uncle Mike Terima Anugerah Maulidur Rasul - "Sukar Untuk Saya Gambarkan Perasaan Ini"

gempak
16/09/2024
09:14 MYT
Tidak penah terlintas untuk menjadi bapa kepada tiga anak lelaki berlainan bangsa dan agama, namun takdir telah mengubah hidup Michael Tong Wai Siong, 55.
Hiburan

“Saya Hanya Idamkan Trofi Oscar, Itu Impian Saya” - Meerqeen

gempak
06/09/2024
05:57 MYT
Pelakon, Meerqeen tidak melihat anugerah sebagai pengukur kejayaan dalam kariernya.
Hiburan

Komposer Lagu MADANI Jiwa Merdeka Terima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor - "Agak Terkejut, Calon Lain Lebih Layak"

gempak
04/09/2024
01:30 MYT
Komposer muda, Affan Mazlan menerima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM), baru-baru ini.