,
Laman Utama

Anuar Zain Beri Alasan Syok Layan TikTok Dari Main Instagram

Maliah Surip
12/12/2021
03:52 MYT
Tidak dapat dinafikan lebih sedekad lalu, dunia media sosial memainkan peranan yang sangat besar dalam kehidupan penduduk dunia.
Sekurang kurangnya, seorang pengguna media sosial memiliki dua platform seperti Facebook, Twitter atau Instagram yang memang popular dalam kalangan pengguna atau digelar netizen.
Salah seorang anak seni yang tidak ketinggalan memiliki akaun media sosial adalah penyanyi bersuara ‘emas’, Anuar Zain.
Beliau mengakui dirinya tidak tertinggal memiliki beberapa platform media sosial yang digunakan untuk berkongsi perkembangan terkini karier bersama peminat atau sekadar mengikuti perkembangan semasa.
Untuk rekod, Anuar memiliki sebuah akaun Instagram peribadi dengan namanya sendiri iaitu @anuarzain70. Beliau juga mempunyai sebuah akaun Instagram rasmi untuk kariernya, @anuarzainnetwork.
“Untuk akaun peribadi, saya mengendalikannya sendiri. Pengurus saya juga tidak mempunyai atau mengetahui password saya.
“Tapi untuk Instagram rasmi kerja, pengurus memiliki password dan mengemas kini akaun tersebut,” kata Anuar.
Meski memiliki akaun Instagram, Anuar mengatakan beliau lebih menyukai aplikasi TikTok. Menggunakan nama @anuarzain dalam akaun TikTok yang dibuka sekitar Oktober lalu, figura ini dilihat tidak mengikuti pemilik akaun lain, namun sudah mengumpul lebih 85,000 pengguna TikTok.
Menurut Anuar, banyak perkara dan input yang diperolehi daripada melihat tips tips yang dikongsikan dalam TikTok.
“Berbanding Instagram, saya sebenarnya lebih gemar TikTok. Di TikTok saya suka melihat mengenai tips tips atau perkongsian mengenai melancong atau kenderaan.
“Ya, saya suka melancong dan gemarkan kenderaan, jadi seronok melihat perkongsian ringkas tapi banyak manfaat di Tik Tok untuk saya ambil,” katanya.
Terdahulu, dalam temu bual eksklusif bersama #Gempak The Untold Story, Anuar juga berkongsi tentang kehidupannya yang banyak berubah sepanjang pandemik COVID 19 melanda dunia.
Ikuti perkongsian eksklusif Anuar Zain menerusi G The Untold Story edisi Disember 2021!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Hantaran Di IG Astro Malaysia Digodam & Tiba-Tiba Jadi Kabur... Apa Dah Jadi Ni?

gempak
05/09/2024
10:18 MYT
Sempena minggu akhir drama Dari Mata Turun ke Hati, Astro Malaysia telah memuatnaik 9 video memaparkan sedutan drama tersebut di Instagram.
Viral

"Saya Tiada Niat Nak Menggoda Sesiapa" - Adib Bananadibs

gempak
03/09/2024
09:55 MYT
Pempengaruh dan usahawan muda, Adib Bananadibs tidak terfikir foto bersinglet yang dikongsikan di platform media sosialnya punyai niat tersembunyi.
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Titip Pesanan Sempena Birthday Jebat, Mahu Anak Hormati Orang Tua - "Macam Semalam Rasanya Baba Dukung Cek"

gempak
30/08/2024
13:55 MYT
Pelakon, Sharnaaz Ahmad menitipkan ucapan menyentuh hati sempena ulang tahun kelahiran keenam anak kesayangannya, Jebat Jayden.
Sukan

Safee Sali Bangga Muncul Di IG Rasmi FIFA World Cup – “Walaupun Server Hanya Untuk Malaysia…”

gempak
25/08/2024
10:30 MYT
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali meluahkan rasa bangga apabila nama dan gambarnya dimuatnaik oleh akaun Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) World Cup, baru-baru ini.
Sukan

Ronaldo Kumpul 9.71 Juta Pengikut Sehari Buka Saluran YouTube, Beri ‘Hint’ Sudah Kahwin

gempak
22/08/2024
02:55 MYT
Pemain bola sepak terkenal dunia yang kini merupakan kapten pasukan Al Nassr di Arab Saudi, Christiano Ronaldo baru sehari melancarkan saluran YouTube.