,
Laman Utama

Anuar Zain Bakal Ganti Ernie Zakri Nyanyi Boneka Di AJL36? Ini Jawapan Tuan Empunya Badan…

Izwan Isa
26/01/2022
00:50 MYT
Ramai berteki-teka, siapakah yang bakal menggantikan penyanyi Ernie Zakri bagi menyampaikan lagu Boneka di pentas Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) bulan Mac depan.
Hal ini kerana, Ernie kini sarat mengandung dan hanya membilang hari untuk melahirkan anak sulungnya dan masih belum mendedahkan siapakah yang bakal menggantikannya.
Bagaimanapun, menerusi tinjauan media sosial, ada segelintir peminat yang mencadangkan ibu saudara Ernie, Ziana Zain serta bapa saudara Ernie, Anuar Zain untuk menggantikan penyanyi itu.
Justeru, Gempak yang berkesempatan bertemu dengan Anuar Zain baru-baru ini sempat bertanya adakah dia bakal menggantikan Ernie nanti.
"Bagi saya Boneka merupakan lagu yang sangat menarik. Saya sendiri tak tahu siapa yang dipilih untuk menggantikan Ernie.
"Saya sendiri belum tahu siapa ganti, tetapi setakat ini memang bukan saya. Jika ada tawaran untuk ganti pun, saya tak tahu nak kata apa sebab lagu Boneka ini sangat susah.
"Mungkin ramai yang ingat lagu tu mudah, tapi susah. Saya sendiri berharap Ernie berjumpa dengan pengganti yang bagus," katanya.
Anuar ditemui di sidang media Makan Malam Amal Anuar Zain - Karena Aku Cinta di Pullman Bangsar, Kuala Lumpur.
Makan Malam Amal Anuar Zain - Karena Aku Cinta bakal diadakan 5 Mac 2022 di Ipoh International Convention Centre, IICC bermula pukul 8.30 malam.
"Acara ini menghargai dan menyalurkan bantuan kepada anggota barisan hadapan atau frontliners yang terkorban ketika menjalankan tugas sepanjang wabak melanda dan juga menghargai penggiat seni tempatan yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
"Majlis makan malam amal anjuran bersama Bond Holdings Sdn Bhd, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Sycal Ventures Berhad in bertujuan untuk berhibur sambil beramal," katanya.
Harga tiket dari RM 230, RM280 dan RM380. Untuk sebarang info lanjut dan pembelian tiket boleh hubungi atau WhatsApp di talian 011-36088001 atau boleh dapatkan tiket di kaunter tiket Bond Suites Sales Gallery @ IICC.
***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini
​Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend
Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Ernie Zakri Sakit Perut Sebelum Main Bola Jaring Dengan Sherry Alhadad Gara-Gara….

gempak
19/09/2024
11:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
Hiburan

Syamel Tak Halang Anak Terjun Bidang Seni Hiburan - “Selfish Kalau Saya Nak..”

gempak
24/08/2024
00:56 MYT
Penyanyi, Syamel tidak akan menghalang minat dan keinginan anak perempuannya, Nur Khawla Soleha mengikut jejak langkahnya bersama isteri, Ernie Zakri untuk terjun ke industri seni hiburan suatu hari nanti.
Hiburan

Isteri Didakwa Berbadan Dua? Ini Respons Syamel - “Kalau Ada Rezeki..”

gempak
21/08/2024
08:55 MYT
Penyanyi Syamel tampil menjawab dakwaan yang bertebaran di media sosial mengenai isterinya, Ernie Zakri kini sedang berbadan dua.
Hiburan

Ernie Zakri Enggan Komen Lebih Lanjut Isu Diperlakukan Tidak Professional - “Lambat Laun Orang Akan Tahu Juga”

gempak
26/07/2024
09:55 MYT
Penyanyi Ernie Zakri tampil mengulas mengenai isu ciapan di X yang pernah di muatnaik beberapa minggu lepas.
Hiburan

Universal Music Malaysia & Alternate Records Kini Jadi Rakan Strategik, Pacu Revolusi Muzik Tempatan!

gempak
15/07/2024
18:00 MYT
Dua ‘label’ berkolaborasi menjadi rakan strategik pemasaran muzik tempatan! Gabungan antara syarikat rakaman muzik tempatan Alternate Records dan syarikat rakaman bertaraf antarabangsa, Universal Music Malaysia dijangka membawa revolusi dalam landskap muzik tempatan dan bakal membuka peluang baharu untuk artis-artis tempatan untuk meluaskan pengaru