Laman Utama
Anti Vaksin Persoal Status Vaksinasi KJ, YB Tampil Tepis Spekulasi - “Mereka Lupa Saya Disuntik Secara Langsung Di TV”
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengesahkan dirinya sudah menjadi vaksin dos pertama, dos kedua dan dos penggalak bagi menjawab spekulasi yang tular di media sosial mendakwa dirinya masih belum menerima vaksin.
Menerusi laman sosial Twitter, Khairy berkongsi foto-foto sewaktu mengambil suntikan vaksin untuk tatapan umum memandangkan status vaksinasinya belum dikemas kini di laman web vaksincovid.gov.my.
“Terdapat screenshot status vaksinasi saya daripada laman web vaksincovid yang tular. Butiran tersebut tidak tepat kerana laman web ini tidak lagi aktif & dikemas kini sejak Okt 2021. For the record, saya menerima dos 1 Sinovac pada 18/3, dos 2 pada 8/4 & booster Pfizer pada Sep,” tulis Khairy.
Tindakan itu dilakukan disebabkan terdapat seorang pemuda membuat pendedahan tular di media sosial menyatakan Ahli Parlimen Rembau itu belum menerima suntikan vaksin kerana status vaksinasi yang belum dikemas kini.Terdapat screenshot status vaksinasi saya daripada laman web vaksincovid yang tular. Butiran tersebut tidak tepat kerana laman web ini tidak lagi aktif & dikemas kini sejak Okt 2021. For the record, saya menerima dos 1 Sinovac pada 18/3, dos 2 pada 8/4 & booster Pfizer pada Sep. pic.twitter.com/XinosTdakI— Khairy Jamaluddin ??? (@Khairykj) January 6, 2022
Menerusi laman sosial yang sama, pemuda tersebut memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon Khairy pada laman web vaksincovid.gov.my untuk semakan status vaksin namun tertera perkataan ‘pending’.
Bukan sahaja Khairy, dia turut mempersoalkan status dos penggalak Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kerana tiada dalam senarai semakan status vaksin.
Di samping itu, Khairy menerusi Instagram Story turut memaklumkan bahawa mungkin golongan anti vaksin lupa yang beliau menerima suntikan vaksin secara langsung di siaran TV.
Di ruangan komen pula, ramai wargamaya meminta Khairy untuk melampirkan status vaksinasi di MySejahtera sebagai bukti bagi menutup spekulasi yang berleluasa di platform Telegram.
“Settlekan cepat YB. Anti Vaksin tengah provoke ni, tak behenti,” komen seorang wargamaya.
“Saya rasa YB kena screenshot YB punya MySejahtera bagi rakyat yakin. Saya harap yang tular ni palsu,” gesa seorang wargamaya.
“SS mysejahtera YB bagi je bangang-bangang ni tengok. Simple je mat,” kata seorang wargamaya.
“Akan ada la yg cakap, wayang je tu. Cucuk air kosong je sebenarnya KJ tu. I cannot brain la with those people. Ada saja fitnah yang dieorg boleh terfikir nak cakap kan,” ujar seorang wargamaya.
“Saya rasa YB patut saman orang yang sebar maklumat YB (kalau betul). Baru ada tanggung jawab sikit sebar IC orang di media sosial,” luah seorang wargamaya.
“Salam YB, boleh share screenshot mysejahtera? Sebab orang tak percaya YB vaccinated. saya percaya je tapi saya tak sure cane nak ckp dengan diorang. Screenshot mysejahtera dah kira kukuh kot kalau sebagai bukti kan?” tulis seorang wargamaya lagi.
Must-Watch Video